Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Tuesday 7 January 2014

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU PADA TAHUN 2013

 Pada pandangan saya isu kekacauan dan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu berpunca daripada perebutan kuasa. Isu mengenai pencerobohan di Lahad Datu semakin menjadi-jadi dan semakin membimbangkan penduduk Sabah. Nyawa penduduk Sabah semakin terancam kerana sikap pengikut Sultan Sulu yang terlalu taksub dengan keturunan mereka. Sultan Jamalul Kiram III iaitu Sultan Sulu mengatakan bahawa insiden ini akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri Utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu. Jamalul mengatakan bahawa keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah. Adik kepada Jamalul,Agbimuddin Kiram mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang menceroboh Lahad Datu,Sabah pada 9 februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan. Portal borneo insider dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi ketua menteri Sabah.
Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu,Sabah sejak 9 februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik keturunan Sulu. Malahan menurut laporan media rasmi mereka merupakan kumpulan Abu Sayyaf yang mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Pihak polis terpaksa menyediakan rancangan lain setelah rundingan dengan kumpulan bersenjata warga Filipina di daerah Lahad Datu menemui jalan buntu. Kini pihak polis terpaksa melancarkan serangan ke atas pihak terbabit setelah ada nyawa yang terkorban yang juga merupakan pihak polis. Malaysia terpaksa menghantar lebih ramai lagi tentera dan polis bagi mengawal kawasan daripada dicerobohi. Serangan terpaksa dilakukan juga akibat kedegilan pihak mereka yang tidak mahu berundur. Pihak penceroboh hanya menuntut dua perkara daripada kerajaan Malaysia iaitu kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagi kumpulan militan sebaliknya mahu diiktiraf sebagai tentera diraja kesultanan Sulu. Satu tuntutan lagi adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah. Sebelum ini juga sebanyak 11 buah sekolah di Lahad Datu diarah tutup sementara susulan insiden pencerobohan kumpulan pengganas bersenjata dari di selatan Filipina di kampong Tanduo. Namun sekolah-sekolah tersebut dibuka semula setelah keadaan di situ semakin kembali aman. Aquino berkata, Filipina dan Malaysia tidak ada perjanjian ekstradisi tetapi terdapat mekanisme lain yang membolehkan proses menghantar Jamalul, antaranya kemudahan perundangan bersama di bawah kerjasama Asean. Penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu dikepung pihak keselamatan negara sejak 12 Februari dalam usaha kerajaan menyelesaikannya secara aman. Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februai, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman  tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius. Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan semakin berlanjutan sengsara rakyat. , pihak berkuasa turut mengatakan bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah.
Pada pendapat saya isu yang berlaku di Lahad Datu harus diselesaikan dengan segera sebelum banyak nyawa terkorban dan agar Lahad Datu kembali aman. Tindakan kerajaan Malaysia menghantar tentera dan polis merupakan keputusan yang sangat tepat setelah melihat kedegilan pihak penceroboh yang tidak ingin berundur. Selain itu juga Malaysia harus cuba menyelesaikan masalah dengan keturunan sultan sulu mengenai hak yang disebut oleh mereka dengan sebaik mungkin agar masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi. Saya juga sangat berharap agar masalah ini cepat selesai dan rakyat di Lahad Datu mahupun semua rakyat Sabah dapat hidup dengan aman damai.  



DISEDIAKAN OLEH : SITI RADIAH BT JUSOH

No comments:

Post a Comment