Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Saturday 11 January 2014

KURANG CAKNA

Kebersihan merupakan satu amalan mulia. Kebersihan jugalah membuatkan kita dapat menilai bagaimana sikap seseorang itu. Malah, kebersihan juga merupakan sikap yang disiplin dan patut ada pada seseorang, setiap orang juga tentunya inginkan kebersihan agar diri sentiasa berada di zon selesa.
Kali ini topik kebersihan menjadi pilihan saya, kerana saya melihat di kafe Kolej Kediaman Sri Angkasa UMS terdapat sampah di merata-rata tempat, bukan itu sahaja dengan gelas yang bertabuaran di atas meja dan lantai, dan juga dengan sisa-sisa makanan yang bertaburan di atas meja, pekerja di kafe Kolej Kediaman Sri Angkasa tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Inilah yang disebut sikap kurang cakna dalam menjaga kebersihan. Adanya sisa-sisa makanan di atas meja menyebabkan pelajar tidak selesa untuk menjamu selera di situ. Tetapi bagaimana pula dengan pelajar yang menunggu bas di kafe tersebut. Jika mereka tidak berada di situ, mereka nak berada di mana??. Siapa kami sebagai pelajar untuk menegur mereka lebih-lebih. Seharusnya mereka cakna terhadap kebersihan, barulah perniagaan mereka maju. Jika sikap ini yang mereka amalkan, lama-kelamaan perniagaan mereka akan merudum. Kafe bkan sahaja tempat untuk pelajar makan, malah tempat untuk pelajar study group, bersembang dan juga menunggu bas. Jika kita mahu menyalahkan pelajar yang membuang sampah merata-rata tempat pun mungkin boleh dan juga tidak boleh. Hal ini kerana, saya melihat kurangnya tong sampah di sekitar kawasan kafe. Jika adapun hanya satu dua di tempat kedai peniaga. Jadi bagaimana pelajar mahu membuang sampah ke dalam tong sampah. Saya juga melihat pekerja cleaner yang agak ramai tetapi apa yang mereka lakukan setiap hari?. Oleh itu, saya amat berharap agar pihak atasan dapat memantau dan mengatasi masalah ini agar ia tidak berulang lagi pada semester depan. 

DISEDIAKAN OLEH : SITI RADIAH BT JUSOH (BC12110159)

No comments:

Post a Comment