Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Tuesday 7 January 2014

VIRUS ARTIS KOREA

Sebut sahaja tentang Korea, peminat yang paling fanatik dengannya ialah kaum perempuan. Mungkin disebabkan kekacakan dan kecantikan rupa artis Korea yang menarik hati kaum perempuan untuk jatuh cinta. Ada sesetengah kaum perempuan sanggup menghabiskan duit untuk membeli filem korea, majalah korea dan sebagainya mengenai artis kegemaran mereka. Mereka yang terlampau fanatik ni juga akan memenuhi bilik mereka dengan poster-poster artis pujaan mereka. Sikap mereka yag terlampau fanatik ni adakalanya merimaskan kaum lelaki, bayangkan bagaimana perasaan pasangan mereka jika si perempuan terlalu mementingkan artis lelaki korea berbanding pasangannya. Jadi si lelaki jangan hairan jika pasangan anda sanggup meluangkan masa untuk menonton filem korea. Sebenarnya masalah virus artis korea ni sudah lama berada di sekeliling kita. Bukan tidak boleh kita meminati filem atau lagu korea, tetapi kita perlu pertimbangkan kebaikan dan keburukan tabiat kita. Sebagai seorang pelajar yang mempunyai banyak komitmen terhadap pelajaran, kita perlu kurangkan tabiat kita kerana sebagai seorang pelajar terdapat banyak keburukan yang kita hadapi berbanding kebaikan. Contohnya, gara-gara menghabiskan masa melayan cerita korea banyak kerja sekolah kita tertunggak, assignment juga tidak dapat dihantar pada waktunya, malahan kita juga kekurangan masa untuk mengulangkaji pelajaran. sebagai seorang pelajar kita boleh meminati artis korea tetapi jangan terlampau obses sehingga tidak dapat menumpukan pelajaran dan tidak dapat rehat yang cukup. Kita boleh menonton korea jika kita stress dengan pelajaran dan untuk mencari hiburan, tetapi hanya pada masa yang lapang seperti hari cuti namun kita perlu juga bahagikan masa dengan sebaiknya.Bbagi menghilangkan stress dengan masalah kita boleh menonton variety show korea iaitu "Running Man", kerana ia sangat menghiburkan hati yang mempunyai masalah. Virus Korea ini berterusan sehingga ke hari ini dan menjadi pilihan penonton mungkin disebabkan jalan cerita filem korea lebih menarik daripada filem tempatan. Pengarah filem tempatan mungkin dapat belajar untuk menghasilkan jalan cerita yang menarik bagi mengurangkan virus artis korea dan menarik minat penonton.



DISEDIAKAN OLEH : SITI RADIAH BT JUSOH ( BC12110159)

No comments:

Post a Comment