Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Thursday 9 January 2014

FINAL EXAM


        Minggu peperiksaan sedang berlangsung. Mahasiswa UMS masing-masing sedang sibuk membuat persiapan dan persediaan bagi menduduki kertas ujian yang mereka ambil. Ada yang mengulangkaji sendiri dan ada juga yang membuat “study group”. Peperiksaan biasanya berlangsung dalam masa tiga minggu paling lama. Yang paling memenatkan apabila terpaksa menunggu lama dari satu subjek ke satu subjek yang lain. Jarak masa antara satu kertas ke satu kertas peperiksaan yang lain kadang-kadang mengambil masa empat ke lima hari bahkan ada juga yang mengambil masa seminggu hingga 10 hari. Lagi kasihan jika pelajar hanya mempunyai dua kertas peperiksaan tetapi jarak antara kedua-dua kertas ini amat jauh. Dan pelajar ini terpaksa menunggu masa yang agak lama untuk pulang kekampung. Pengangkutan bas ketika minggu peperiksaan sedang berjalan tiada sebarang masalah. Bas sentiasa ada dan tidak seperti hari kuliah biasa. Bagi pelajar yang tinggal dikolej kediaman Sri Angkasa, bas banyak disediakan dan boleh dikatakan hampir 15 minit sekali bas bergerak. Tidak seperti hari kebiasaannya, bas Angkasa akan menghantar pelajar terus ke dewan peperiksaan dan menjemputnya disana. Jika seperti hari-hari biasa, bas hanya menghantar pelajar-pelajar di perpustakaan sahaja dan berhenti di Dewan Kuliah Lama (DKP) dan pelajar yang mempunyai  kelas di DKP baru terpaksa mengambil bas yang lain untuk ke sana.
DISEDIAKAN OLEH : NORFARAHANUN BT MOHD DAUD ( BC12110108)

No comments:

Post a Comment