Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Thursday 9 January 2014

JIKA HARI INI HARI TERAKHIR AKU HIDUP, APA YANG AKU AKAN LAKUKAN?



          Assalamulaikum,jika hari ini hari terakhir aku hidup di muka bumi dan bernafas dengan penuh kesyukuran dengan izinmu,akan ku bersujud dan melakukan amal tanpa henti dan tanpa rasa penat sedikit pun.Kerana aku ingin memeohon dan terus berdoa supaya allah menerima taubatku.Aku juga telah banyak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah sepanjang hidupku.Dan jika diberi kesempatan sebelum aku pergi buat selama-lamanya,aku ingin sekali bahawasanya allah menerima segala dosa dan taubatku yang telah aku lakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja.
          Dan jika hari ini hari terakhirku,kau bukakanlah pintu hati-hati insan yang telah ku lukai untuk memafkanku,kerana selama aku hidup aku telah banyak melukakan hati insan-insan yang aku sayangi secara sedar dan tidak sedar.Aku juga berharap mereka memaafkanku segala kesilapan yang telah aku lakukan kepada mereka,dan berharap mereka memaafkanku dengan penuh ikhlas dan bertimbang rasa.
Jika insan-insan yang kulukai memaafkan aku maka aku akan mendapat satu kelegaan yang akan aku perolihi dengan kemaafan tesebut.Aku juga berharap mereka menerima segala salah dan silap yang telah aku lakukan terhadap mereka.Jika dihitung satu persatu,amatlah banyak aku melukakan hati insan-insan yang aku sayang terutamanya emak aku sendiri.Emak aku adalah segala-galanya bagi aku kerana tampa emak aku siapalah aku di muka bumi allah ini.Dan tanpa sedar aku telah banyak menyakiti emak aku sendiri.Dengan kemaafan tersebut,aku akan lebih reda dengan emergian ini.
Aku juga ingin sekali mati dalam keadaan besujud dan penuh keimanan kepada allah.Bila diberi kesempatan ini akulah orang yang paling bertuah apabila aku meninggal dalam keadaan bersujud.Sesungguhnya setiap orang ingin mati dalam keadaan ini kerana banyak kebaikan dan maafat yang boleh kita perolihi daripada allah.
Selain itu juga,jika aku diberi peluang terakhir,aku ingin sekali mengucap kalimah LaiaillahailaAllah muhammaddar rasulluaAllah.Kerana dengan kata-kata keramat itulah telah menunjukan bahawa kita mengingati allah.Selain itu juga amalan,amalan berzikir juga sesuaidiamalkan apabila seseorang itu tahu bahawa nyawanya akan diambil pada bila-bila masa sahaja.Amalan zikir jug abukan dibuat ketika hendak mati sahaja,bahkan perlulah diamalkan pada setiap masa,kerana dengan zikir seseorang itu boleh menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendatangkan manfaat kepadanya.
Jikalau aku sudah tiada esok hari,maka kau berikanlah aku peluang untuk aku memperbanyakan amal.Dahulu aku jarang melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh allah,tapi sebaliknya aku lebih mementingkan amalan-amalan yang tidak berfaedah darripada melakukan amal kebaikan.Selain itu juga,amal ibadahku juga kurang disebabkan oleh sikapku yang mengambil muh dan lewa akan perkara-perkara wajib sehingggakan aku lalai dalam melakukan tanggunjawab aku sebagai seorang hamba allah.
Selain itu juga,apabila kurang melakukan solat maka hidupna tidak akan teteram dan apabila melakukan solat dengan penuh khusyuk dan tawaduk,segala dosa yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat adalah dihapuskan,bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahli kalam hanya dosa-sosa kecil sahaj yang terampun dengan solat.Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.Di samping bersolat juga jangan lupa beristighfar dan bertaubat.Semoga allah dengan limpah rahmatnya,mengampun dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana allah.
          Selain itu juga,jika hari ini hari terakhir aku hidup di bumi,kau terima roh dan jasadku yang kaku dalam redha-mu.Aku amat berharap bahawa jasad dan roh aku diterima dengan redhamu.Ini kerana apabila jasadku diterima,maka roh aku akan aman dan tenang apabila diterima oleh allahAku tidak ingin mati dalam keadaan yang tidak diterima oleh allah,ini kerana azabnya amat berat untuk ditanggung.Oleh yang demikian kau berikanlah aku ketenangan untuk aku berbuat kebaikan dan sentiasa melakukan amal yang diredai oleh-mu.Aku juga berharap aku mampu menjadi seorang insan yang sentiasa mengambil berat akan orang lain,dan selalu teringat akan azab-mu yang amat pedih.

DISEDIAKAN : SITI UMIRAH (BC121101060)

No comments:

Post a Comment