Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Thursday 9 January 2014

WANITA DAN BURUH BINAAN, JADI APA KAITANNYA?


RABU,8 JANUARI 2014 - Wanita dan buruh binaan,apa kaitannya. Mungkin anda tertanya-tanya mengenai artikel kali ini. Menjadi buruh binaan bukanlah suatu pekerjaan yang tidak bagus atau dipandang lekeh namun wanita menjadi pekerjaa buruh binaan. Andakah ia sesuatu yang luar biasa atau perkara biasa.
            Bagi saya ia merupakan perkara yang luar biasa dan melangkaui kotak fikiran saya kerana tidak disangka wanita akan melakukan perkerjaan berkenaan demi mencari rezeki. Terpikir oleh saya sejenak, mengapa mereka sanggup melakukan perkerjaan berkenaan bukan mencari rezeki di tempat yang lagi sesuai dengan kedudukan mereka. Seperti yang diketahui semua, keadaan dan perkerjaan yang mereka lakukan itu bukan bidang kerja atau lebih tepat lagi tidak sesuai langsung dengan seorang wanita. Menjadi buruh binaan adalah perkerjaan lelaki bukan wanita tapi mengapa keadaan yang dilihat oleh saya sungguh luar biasa sekali iaitu wanita sebagai buruh binaan. Disini saya melihat keadaan yang sangat berbeza, wanita menjadi buruh binaan. Mereka dilihat berkerja mengangkut batu bata, simen dan juga juga terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.
            Wanita yang terlibat menjadi buruh binaan ini bukan sahaja dikalangan mereka yang berumur namun ada dikalangan mereka sebaya dengan saya, mungkin juga jauh lebih muda dari saya. Mengapa mereka sanggup melakukkan pekerjaan berkenaan, bagi mereka yang muda apakah mereka tidak bersekolahkah, miskin sangat kah mereka sehingga sanggup menjadi buruh binaan. Tertanya-tanya saya dibuatnya. Mereka bukan dari kalangan wanita yang tiada rupa juga saya perhatikan namun mereka anak remaja yang cantik tapi seharusnya di situ bukan tempat mereka. Dan saya merasakan bahawa banyak lagi tempat yang lebih sesuai untuk mereka mencari rezeki selain daripada tempat pembinaan ini.
            Saya juga menyarankan agar pihak kontraktor tidak seharusnya membenarkan atau menberi peluang untuk mereka berkerja. Perkerjaan  wanita bukan ditempat pembinaan,bukan menjadi buruh binaan. Tidak pantas buat mereka, walaupun kerja itu halal namun ia tidak harus dikerjakan oleh wanita –wanita berkenaan.


DISEDIAKAN OLEH – NORKAFISAH BT MOHD NOOR

No comments:

Post a Comment