Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Thursday 9 January 2014

SIMPULAN BAHASA


1.Ambil berat= ambil peduli, ambil endah.
2.Ambil tahu= Ambil endah
3.Anak bulan= Bulan sehari
4.Atas angin= Negara-negara di sebelah barat
5.Banyak mulut=Orang yang banyak bercakap
6.Bawah angin=Negara-negara di sebelah timur
7.Berat sebelah=Tidak adil,tidak seimbang
8.Berat tulang=Orang yang malas
9.Buah hati=Orang yang disayangi
10.Buah mulut=Sesuatu yang menjadi bahan perbualan atau percakapan orang ramai
11.buta huruf=Tidak tahu membaca dan menulis
12.Buta kayu=Buta huruf
13.Cepat tangan=Suka mencuri
14.Harga mati=Harga yang tidak boleh ditawar lagi
15.Harga pokok=Modal untuk membeli sesuatu barang
16.Isi hati=Perasaan atau fikiran seseorang
17.Jadi umang-umang=Berlagak dengan meminjam pakaian orang lain atau suka meniru tingkah laku orang
18.Kacang hantu=Orang yang jahat
19.Kecil hati=Seseorang yang terasa atau tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.
20.Kucing kurap=Orang yang dipandang hina
21.Kutu embun= Orang yang suka merayau-rayau sehingga lewat malam tanpa tujuan
22.Kutu jalan=Orang yang suka merayau-rayau pada waktu malam tanpa tujuan
23.Langkah kanan=Bernasib baik
24.Langkah kiri=Tidak bernasib baik
25.Lipas kudung=Orang yang boleh melakukan pekerjaan dengan pantas dan menghasilkan kerja yang baik
26.Masuk angin=Perbuatan atau usaha yang tidak menghasilkan apa-apa faaedah
27.Mati celek=orang yang mati sebelum hajatnya tercapai.
28.Meriam buluh= Gertak sahaja yang kuat tapi tidak ada apa-apa tindakan.
29.Minta nyawa=Minta diampunkan supaya jangan dibunuh
30.Muka tembok= Orang yang tidak tahu malu
31.Naik angin=Orang yang sedang marah
32.Nujum Pak Belalang=Meneka-neka sahaja
33.Orang gaji=Pembantu rumah(orang yang bekerja di rumah orang lain dan mendapat gaji)
34.Orang rumah=Isteri
35.Pak turut=Orang yang tidak mempunyai pendirian, menurut apa sahaja yang disuruh tanpa apa-apa bantahan.
36.Pasar gelap=Berjual beli secara haram atau melakukan perniagaan yang melanggar undang-undang negara.
37.Pilih kasih=Memilih atai melebihkan pandangan atau kasih sayang kepada orang yang dikasihi atau yang hampir sahaja.
38.Pulang pokok=Untung tidak,rugi pun tidak
39.Quran buruk=Orang atau benda yang menjadikan kita serba salah, hendak dipakai tidak berguna hendak dibuang tidak boleh.
40.Rambang mata=Sukar untuk memilih sesuatu.
41.Salah langkah=Rancangan yang tidak teratur akibatnya bencana yang tidak diingini akan berlaku.
42.Tangkap basah=Ditangkap ketika melakukan perbuatan sumbang(berkhalwat).
43.Telinga nipis=Orang yang mudah marah
44.Terang-terang tanah=Waktu awal pagi
45.Tin kosong=Cakap sahaja banyak tapi kerjanya sedikit.
46.Tolak ansur=Membuat sesuatu pertimbangan yang boleh diterima oleh semua pihak.
47.Tua-tua keladi=Orang tua yang berperangai seperti anak muda.

















Simpulan Bahasa(2)
1. Akal kancil= Orang yang cerdik.
  1. Alas perut= Makan sedikit sebelum mendapat makanan yang lebih mengenyangkan.
  2. Ambil ringan= Kurang mengambil perhatian terhadap sesuatu perkara.
  3. Anak angkat= Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri.
  4. Anak buah= Orang yang di bawah jagaan seorang ketua.
  5. Anak tut= Anak orang lain yang seperti anak sendiri.
  6. Anak mata= Orang yang sangat dikasihi/ mata hitam.
  7. Ayam tambatan= Orang yang menjadi harapan dalam satu-satu kumpulan kerana kepandaian atau kegagahannya.
  8. Bapa ayam= Suami yang malas atau pun tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
  9. Bau-bau bacabg= Pertalian persaudaraan yang agak jauh.
  10. Batu api= Penghasut.
  11. Bahasa kesat= Bahasa kasar yang digunakan dalam percakapan atau persuratan yang menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membaca.
  12. Bahasa pasar= Bahasa yang dugunakan dalam pertuturan sehari-hari yang tidak betul nahu atau susunan ayatnya.
  13. Bekas tangan= Hasil kerja seseorang.
  14. Beri jalan= Memberi peluang.
  15. Beri muka= Memanjakan seseorang dengan membiarkannya membuat sesuka hatinya.
  16. Bertegang urat= Berlawan cakap kerana hendak menegakkan pendapat masing-masing.
  17. Bendera putih= Menyerah diri atau mengaku kalah.
  18. Bintang terang= Bertuah atau bernasib baik.
  19. Bulat hati= Keputusan atau fikiran yang muktamat mengenai sesuatu perkara atau sudah nekad.
  20. Cahaya mata= Anak
  21. Cangkul angin= Membuat kerja yang tidak berfaedah.
  22. Cakap angin= Percakapan yang tidak berfaedah atau cakap kosong.
  23. Cari jalan= Berikhtiar atau berusaha untuk melakukan sesuatu.
  24. Cencaru makan petang= Orang yang mendapat kemenangan atau keuntungan di saat akhir sesuatu perlawanan.
  25. Dalam tangan= Sudah pasti dapat.
  26. Duit teh= Rasuah.
  27. Gaji buta= Mendapat gaji atau upah tanpa bekerja atau membuat kerja yang ringan sahaja.
  28. Gelap mata= Mengamuk kerana terlalu marah atau hilang fikiran.
  29. Gila-gila bahasa= Kurang waras fikirannya atau berkelakuan kasar dan tidak senonoh.
  30. Hati batu= Degil atau tidak mempunyai belas kasihan.
  31. Hidung belang= Lelaki yang suka mengganggu atau menggoda perempuan.
  32. Hidung tinggi= Sombong atau angkuh.
  33. Ikat perut= Menahan lapar kerana berjimat atau tidak mampu membeli.
  34. Iri hati= Cemburu.
  35. Kaki ayam= Tidak memakai kasut atau selipar.
  36. Kaki botol= Suka minum minuman keras(arak).
  37. kepala angin= Orang yang tidak tetap perangainya.
  38. Keras hati= Tidak mahu mengikut kata atau nasihat orang lain.
  39. Khabar angin= Berita yang belum tentu betulnya.
  40. Lepas tangan= Tidak mahu mengambil tahu atau tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu perkara.
  41. Makan suap= Menerima rasuah.
  42. Mandi peluh= Bekerja kuat.
  43. Membabi buta= Melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu.
  44. Minta diri= Minta kebenaran hendak pulang atau keluar dari sesuatu majlis.
  45. Mulut tempayan= Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia.
  46. Neraka dunia= Keadaan hidup yang amat susah atau azab.
  47. Pasang jerat= Menjual sesuatu barang dengan kadar harga yang tinggi kerana mengetahui orang berkenaan amat memerlukan barang itu.
  48. Putih mata= kecewa atau mendapat malu.
  49. Tahan hati= Sabar
  50. Tahi judi= Orang yang suka berjudi.
  51. Talam dua muka= Orang yangmencari keuntungan dengan berbuat baik di antara dua pihak yang bermusuhan.
  52. Tak kering gusi= Sentiasa ketawa kerana sesuatu sebab yang sangat menggelikan hati.











Simpulan Bahasa(3)
1. Ada angin= Sikap seseorang yang tak menentu.
  1. Air muka= Keadaan wajah seseorang.
  2. Alas cakap= Percakapan yang bersopan atau bertertib.
  3. Anak emas= Anak kesayangan dalam sesebuah keluarga.
  4. Angkat diri= Mmemuji diri sendiri.
  5. Angkat kaki= Meninggalkan sesuatu tempat dengan segera.
  6. Angkat muka= Berasa megah dengan kelebihan sendiri.
  7. Atas pagar= Berkecuali atau tidak mencampuri hal orang lain.
  8. Banyak lemak= Cerewet atau banyak dalih.
  9. Barang kemas= Barang perhiasan kaum wanita.
  10. Batu loncatan= Orang atau tempat yang dijadikan alat untuk mencapai hajat yang lain.
  11. Berat mulut= Pendiam atau tidak banyak bercakap.
  12. Bergolok-bergadai= Sanggup berhabis-habisan harta benda demi mencapai hajat.
  13. Bawa bersemuka= Berbincang tentang sesuatu hal.
  14. Buah pena= Karya atau hasil tulisan.
  15. Buat duit= Berusaha mencari keuntungan.
  16. Buat helah= Berdalih.
  17. Bulat fikiran= Fikiran atau pendapat yang tetap dan tidak berubah.
  18. Buruk siku= Meminta kembali barang yang telah diberikan kepada seseorang.
  19. Campur tangan= Mencampuri urusan orang lain.
  20. Curi tulang= Culas bekerja atau berpura-pura bekerja.
  21. Dapat terpijak= Mendapat sesuatu dengan mudah.
  22. Geli hati= Ketawa kerana lucu.
  23. Gila pangkat= Terlalu mementingkan atau mengejar kedudukan.
  24. Gelegar buluh= Orang yang hanya pandai berkata tetapi tidak tahu melakukannya.
  25. Hancur hati= Perasaan sedih atau kecewa.
  26. Jadi angin= Sesuatu yang tidak boleh dipakai lagi atau rosak.
  27. Jauh hati= sedih kerana tersinggung perasaan.
  28. Jiwa besar= Sikap yang tidak mahu mengalah atau tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  29. Ibu ayam= Perempuan yang mengetuai suatu sendiket pelacuran.
  30. Ibu keladi= Orang yang duduk di tengah-tengahdalam suatu perkumpulan.
  31. Kera sumbang= Tidak berkawan atau orang yang suka mengasingkan diri.
  32. Keramat hidup= Orang yang baik budi bicaranya atau terkenal.
  33. Kuku besi= Pemerintahan diktator atau kejam lagi zalim.
  34. Makan hati= Merana.
  35. Mandi kerbau= Mandi yang tidak bersih.
  36. Mati katak= Mati yang tidak dipedulikan.
  37. Orang tengah= Orang yang menjadi perantaraan orang lain.
  38. Pisau cukur= Perempuan yang suka menghabiskan harta lelaki secara menipu.
  39. Pulang paku= Balik modal sahaja.
  40. Sakit mata= Sesuatu yang kurang elok dipandang.
  41. Setengah tiang= Tidak berapa siuman.
  42. Tanda mata= Hadiah untuk kenang-kenangan.
  43. Titik peluh= Hasil usaha.
  44. Teksi sapu= Melakukan sesuatu pekerjaan yang bertentangan secara sembunyi-sembunyi.
  45. Telinga kuali= Kurang pendengaran.
  46. Zaman atom= Zaman moden. 
DISEDIAKAN OLEH : SITI UMIRAH BT JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

No comments:

Post a Comment