Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Thursday 9 January 2014

TAHUN BARU 2014


1 januari 2014 merupakan hari sambutan tahun baru. Termasuk tahun ini sudah dua kali aku menyambut tahun baru di negeri Sabah. Sambutan tahun baru di Sabah dengan Semenanjung mungkin terdapat sedikit perbezaan. Mungkin juga perbezaan dari segi sambutannya. Tahun lepas aku tinggal di kolej kediaman E dan tahun ini di kolej kediaman Sri Angkasa. Semasa berada di kolej kediaman E aku tidak pernah melihat bunga api sambutan tahun baru. Walaupun melihat tidak jelas dan jauh, aku gembira kerana aku bersama kawan-kawan. Malam tahun baru 2014, kami tidak sabar-sabar untuk melihat bunga api. Ramai yang keluar dari bilik apabila mendengar bunyi dentuman bunga api sempena malam tahun baru. Ada juga yang berteriak teruja melihat bunga api yang cantik dan berwarna-warni. Tidak ketinggalan juga, pelajar lelaki turut menyertainya seolah-olah tidak pernah melihat bunga api sebelum ini. Macam-macam ragam pun ada. Malam itu menandakan yang kita sudah meningkat dewasa. Dan masing-masing mempunyai azam yang baru sempena tahun baru.

DISEDIAKAN : NORFARAHANUN (BC12110108)

No comments:

Post a Comment