Pada tahun 1994, Universiti Malaysia Sabah
(UMS) telah ditubuhkan secara rasmi. Sejarah penubuhan UMS bermula pada 31 Januari 1994 apabila YAB Perdana
Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad menyuarakan untuk menubuhkan sebuah universiti di negeri Sabah dan pada 28 November 1995
upacara perletakan batu asas kampus UMS telah diadakan. Pejabat
pengurusan Universiti telah bermula di Kementerian Pendidikan Malaysia pada
bulan September 1994 dan pada bulan November 1994, Sebuah pejabat pentadbiran sementara
diadakan di bangunan Gaya Centre, Kota Kinabalu. Pengajian akademik telah
bermula di kampus sementara di Kolej
Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom,
Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999, UMS telah berpindah ke kampus tetapnya di
Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.
Pengambilan pelajar printis seramai kira-kira
400 orang bermula pada bulan Jun 1999
dan pada 19 Mei 2000, UMS telah
beroperasi sepenuhnya di kampus tetap. Di samping itu, UMS juga
mempunyai 2 buah kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan
Labuan dan di Sandakan. Pada 19 September 2000
YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
mengisytiharkan perasmian kampus UMS.
Meskipun usia UMS masih muda,
namun ia merupakan organisasi yang amat tersusun, yang memiliki
keyakinan diri yang mantap dan merupakan sebuah universiti yang indah dan
mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai piawaian antarabangsa Universiti
Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di
Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24
November 1994. Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam yang
kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia Tenggara.
Pada mulanya, Kampus Tetap UMS mempunyai 9
buah sekolah (Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi
Maklumat, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika
Antarabangsa, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan
Pembangunan Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
dan Sekolah Pengajian Seni dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Pada
tahun 2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan Sekolah
Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati, Kudat menempatkan
para pelajar Sekolah Perubatan.
Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian Lestari
telah ditubuhkan, menjadikan bilangan sekolah kini bertambah kepada 11 buah. Pada
tahun 2010, Sekolah Pertanian Lestari telah berpindah ke Kampus Cawangan
Sandakan (Kampus Pertanian) yang terletak di Sungai Batang, Sandakan. Kedua-dua
Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari pada masa ini terletak di dalam
bangunan Sekolah Sains dan Teknologi. Selain itu, Kampus Tetap UMS turut
memuatkan 5 buah pusat kecemerlangan penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan
Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut
Penyelidikan Bioteknologi, Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial,
dan Unit Penyelidikan Etnografi.
Kampus Antarabangsa Labuan pula menempatkan
dua buah sekolah, iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan
Sekolah Sains Informatik Labuan. Kampus ini mendapat gelaran 'Kampus Pantai'
(The Beach Campus) kerana kedudukannya yang terletak berdekatan pantai dan
laut. Pada tahun 2010, UMS telah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang dikenali
sebagai Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan setakat ini merupakan ambilan
ketiga oleh pusat tersebut. Moto Universiti Malaysia Sabah ialah "Bertekad
Cemerlang". Lagu rasmi UMS juga
bertajuk "Bertekad Cemerlang”.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah
universiti ke-9 ditubuhkan di Malaysia.
Universiti ini dibina untuk memenuhi keperluan pembangunan sumber tenaga
manusia yang berilmu dan berketerampilan dalam negara yang pesat membangun
untuk menjadi sebuah negara industri.
UMS beriltizam untuk berbakti kepada komuniti negara dan antarabangsa
melalui pengajaran, penyelidikan dan khidmat bakti yang mencipta keunggulan, kemajuan
dan kesejahteraan yang tinggi.
Perjalanan dari Lapangan Terbang Kota
Kinabalu ke Kampus Teluk Sepanggar mengambil masa kira-kira 25 minit, manakala
bagi perjalanan dari Lapangan Terbang Labuan ke Kampus Antarabangsa Labuan di
Kiamsam mengambil masa kira-kira 25 minit sahaja. Pelajar UMS yang berdaftar boleh mendapatkan
tambang diskaun (Student Standby Fare) dengan Penerbangan Malaysia (MAS) atau
Penerbangan Air Asia atau menjadi ahli Asia Youth Travel Bureau (AYTB) yang
memberikan kemudahan diskaun 50%.
UMS menawarkan program-program akademiknya
berdasarkan tiga komponen asas kursus
iaitu kursus-kursus teras universiti, teras sekolah dan teras program. Kursus
teras universiti ditawarkan melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan
Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar yang menawarkan kursus-kursus
ko-kurikulum. Kursus-kursus yang
ditawarkan oleh PPIB akan mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek yang berkaitan
dengan falsafah perbandingan, kesusasteraan, kesenian, falsafah dan kaedah
sains, analisis sosial, sejarah, dasar pembangunanan, hal-ehwal sosioekonomi
dan perhubungan antarabangsa Malaysia serta pengetahuan komputer. Selain
daripada itu, pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan akhlak, etika,
perbandingan peradaban dunia (Islam Asia dan barat), budaya-budaya utama dunia
dan kemahiran berbahasa. Manakala pusat
ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar pula menawarkan kursus yang bercorak
kemahiran merangkumi komponen kemahiran, keterampilan, kepimpinan dan
kemasyarakatan, keusahawanan, waja diri dan Pakaian Seragam.
Kursus-kursus
teras sekolah dan program adalah blok kursus didalam pengajian seseorang
pelajar yang mengkhusus dan mempelajari secara mendalam sehingga mampu menguasi
bidang tersebut. Kursus minor adalah kursus antara dispilin dan bidang sebagai
pengkhususan kedua pelajar. Sebagai
contoh, pelajar yang mengkhusus dalam program Biologi Pemuliahraan di Sekolah
Sains dan Teknologi boleh menggabungkan kursus dalam program Ekonomi di Sekolah
Perniagaan dan Ekonomi sebagai kursus Minor dan begitulah juga sebaliknya. Mulai Sesi 2000/2001, UMS telah
memperkenalkan pakej Minor dari setiap sekolah sama ada dalam aliran Sains atau
Sastera untuk diambil oleh pelajar dari aliran yang bersesuaian dengan kehendak
pasaran alam kerjaya mereka kelak yang semakin tinggi persaingannya.
Kejayaan
penubuhan dan kehebatan universiti Malaysia sabah dapat dilihat dengan pelbagai
bidang dan kejayaan yang diperoleh sejak dulu sehingga sini. Ia telah
menjadikan nama UMS megah di persada institusi pengajian tinggi. UMS juga telah
memberi peluang kepada pelajar yang layak untuk memohon dan telah membuka kuota
pengambilan pelajar yang besar. Dapat dilihat majoriti pelajar daripada
semenanjung yang menyambung pengajian di UMS. Dengan adanya pelajar yang bijak
dari segi pelbagai bidang telah menjadikan UMS terkenal, sepanjang tahun lepas
sahaja sudah pelbagai kejayaan yang diperoleh oleh UMS dari segi sukan,
kecermerlangan akademik, dan penciptaan teknologi baru. Begitulah serba sedikit
sejarah mengenai Universiti Malaysia Sabah.
Disediakan oleh
kumpulan kami : Siti Radiah Bt Jusoh (Bc12110159), Norkafisah Bt Mohd Nor
(Bc12110113), Norfarahanun Mohd Daud (Bc12110108), Siti Umirah Jusoh
(Bc121110160), Ramlah Bt Mat Jusoh (Bc12110139).
No comments:
Post a Comment