Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Saturday 28 December 2013

SAJAK KEHILANGAN



Dulu kami rapat,
Umpama belangkas,
Dimana ada aku, pasti ada dia,
Dia merupakan insan yang paling aku rapat,
Yang selalu mendengar setiap masalahku,
Begitu banyak kenangan kami bersama,
Tapi kini aku tidak mengerti mengapa dia berubah sikap,
Mungkinkah aku yang bersalah,
Sehinggakan dia menjauhkan diri daripada aku,
Aku sedih kerana ditinggalkan keseorangan,
Aku terlalu merinduinya,
Rindu saat kami selalu bersama,
Kini aku sudah kehilangan teman rapat,
Dia telah menjadi teman rapat kepada orang lain,
Dia tidak mengendahkanku lagi,
Walhal kami dulu sahabat sejati,
Maafkanlah aku teman sekiranya aku ada kesilapan,
Mungkin aku tidak layak bergelar sahabat kepadamu,
Sehingga kau beralih arah mencari sahabat yang lain,
Aku harus terima hakikat bahawa kini kita hanya teman biasa,

Kadang-kadang aku merindui kenangan kita dulu,
Apakah bagimu tidak berharga semua kenangan itu,
Apakah engkau sudah melupakan aku??,
Mungkin sahabat barumu lebih baik daripadaku,
Sehinggaku engkau memandangku dengan pandangan kosong,
Tiada lagi teguran mesra seperti dulu,
Tiada lagi kata-kata nasihat buatku,
Tiada lagi semua itu,
Ia telah lesap, umpama kenangan dulu mimpi semata-mata,
Aku menangis sendirian,
Aku cuba mencari teman lain untuk dijadikan sahabat,
Kerana aku lemah tanpa sahabat,
Aku perlukan dorongan seseorang,

aku tidak pernah mengkhianati persahabatan kita,
maafkanlah sekiranya selama kita berteman,
aku banyak menyakiti hatimu,
aku sedia terimamu sebagai teman biasa,
aku tidak ingin rampasmu daripada sahabat barumu,
kerna ku tahu bagaimana rasanya,
terima kasih sahabat untuk segalanya,
terima kasih kerana sudi ada untukku selama ini,
ku doakan engkau sentiasa bahagia..

NUKILAN : SITI RADIAH BT JUSOH (BC12110159)

No comments:

Post a Comment