Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Thursday 9 January 2014

"BUNYI"


          Kami telah menghuni rumah ini berpuluh-puluh tahun dahulu.Sebelum hari semalam kami tidak pernah mendengar bunyi ini; ‘’tik’’.Suatu bunyi yang sungguh aneh menusuk masuk ke sepasang cuping telinga kami.Kami tidak tahu adakah bunyi ini sesuatu yang menyenangkan atau tidak bagi kami yang terdiri daripada datuk ,nenek ,ayah ,emak ,abang , kakak,aku dan adik.
          Sebagai manusia yang fitrahnya mempunyai sifat ingin tahu,kami telah bersepakat untuk mengesan datangnya bunyi tersebut.Maka,siang itu kami ,mulai sibuk menyiasat dan meninjau setiap bucu dan sudut di rumah ini untuk mengetahuai punca bunyi itu.Sehingga senja mencair di belakang halaman rumah,kami masih lagi tidak bertemu atau mengetahuai benda yang mengeluarkan bunyi tersebut.
          Malam itu tepat pukul 12.00 malam,sekali lagi kami mendengar bunyi tersebut.Bagi kami,bunyi kali ini lebih jelas sedikit daripada semalam.Serentak itu kami yang baru sahaja masuk ke kamar masing-masing telah berkumpul di ruang tamu rumah.Ayah telah mengambil keputusan supaya kami membuka semua lampu di dalam rumah.Jangan ada satu pun yang terkecuali.Setelah semua lampu dibuka,kami diarahkan kembali berkumpul di ruang tamu rumah dan mendengar arah datangnya bunyi itu.
          Setengah jam telah berlalu dalam suasana yang sunyi.Bunyi yang kami nanti-nanti tidak kedengaran lagi.Kami yang telah diarahkan tidak berkata-kata,hanya menggunakan mimik muka dan gerak tubuh untuk menandakan tidak ada apa-apa yang berlaku.’’Aku sudah mengantuk,’’kata datuk.’’Mari kita masuk tidur,’’sambut nenek.
          Serentak habis sahaja ayat nenek itu kami telah mendengar bunyi yang kami tunggu-tunggu itu.Mata kami seperti melihat sesuatu yang sungguh ganjil,walaupun kami tidak melihat benda yang mengeluarkan bunyi tersebut.Kami terus memandang sesama sendiri dan akhirnya tepat pandangan kami menikam kepada kolam mata ayah.Kami menunggu arahannya.Ayah seperti orang yang terkejut daripada tidur terus menyuruh kami mengesan arah datangnya bunyi itu.
          ‘’Tapi,di mana datang bunyi itu?’’Adik menyedarkan kami.’’Betul.Di mana datangnya bunyi itu?’’Kami bertanya serentak,lebih kepada diri sendiri.Sekali lagi kami memandang pada wajah ayah,lebih tepatnya ke kolam mata ayah yang dilindungi kaca jernih.Ayah yang tahu erti pandangan kami,telah menyuruh kami mendengar dahulu arah datangnya bunyi tersebut.
          Bunyi itu kedengaran keseluruhan ruang di dalam rumah kami.Hai ini menyebabkan kami memandang sesama sendiri kembali.Sesi pandang memandang ini menyebabkan kami mulai resah,gelisah dan barasa tidak selesa.Satu rasa yang tidak pernah kami rasai selama ini sehingga bunyi itu hadir di dalam rumah kami.
          ‘’Kita ke barat rumah,’’kata nenek.’’Kita ke selatan rumah,’’kata abang.’’Kita ke utara rumah,’’kata kakak.Sekali lagi kami berada dalam dilema.Datuk mahu kami semua ke timur berkata bunyi itu datang dari barat rumah sambil menyindir datuk tersilap dengar kerana datuk mengalami gangguan pendengaran.Tidak mungkin datuk boleh mendengar dengan tepat bunyi itu datang dari timur rumah?Tetapi, abang yang memang selalu bersemangat terus menyatakan bunyi itu datang dari selatan rumah.Abang pasti kerana pendengarannya masih muda.Tetapi,kata-kata abang itu dinafikan pula oleh kakak yang mengatakan bunyi itu datang dari utara rumah.Kakak mendengar suara itu bukan sahaja dengan telinga tetapi,kakak dapat merasainya dengan rasa.’’Rasa seorang perempuan selalunya benar,’’kata kakak lagi dengan tegas.
          Maka, terjadilah antara kami saling pengaruh-mempengaruhi agar setiap kata-kata kami didengar oleh kami yang tidak menentukan mana-mana arah.Ayah yang tidak menyangka keadaan ini akan terjadi kerana selama ini rumah kami tidak berlaku perkara sebegini,tidak pun berkata apa-apa.Kami, yang berkecuali hanya mendengar setiap ahli keluarga yang lain berkata-kata sehingga kadang-kadang ada antara kami yang terlupa tentang bunyi tersebut buat seketika,kerana ditelan oleh suara kami sendiri.Bunyi itu berlalu pada malam itu sambil kami terus mendengarnya berhenti sendiri menjelang fajar sidik.
          Esok,kami sekali lagi berkumpul di ruang tamu rumah.Ayah mahu kami kembali bersatu agar masalah bunyi aneh yang kami hadapi sekarang dapat dihadapi bersama-sama.Kali ini kami lihat ayah sedikit tegas.Barangkali peristiwa semalam menyedarkan ayah bahawa dia sebagai ketua keluarga sekali gus ketua rumah ini harus berbuat sesuatu agar kami lebih menghormatinya.
          Semua kami telah berkumpul.Perkara tentang semalam seperti telah kami lupakan.Namun,keletihan kerana tidak cukup tidur tetap terlihat pada wajah kami.Ada antara kami yang beberapa kali menguap dan ada antara kami yang sesekali terlelap atau sengaja memejamkan mata.
          Kami tahu, bahawa ayah memerhati fiil kami itu,tetapi ayah hanya membiarkan sahaja.Ayah seperti memberikan kami masa untuk kami bersedia sebelum ayah berkata sesuatu tentang perkara yang harus kami lakukan untuk menyelesaikan masalah tentang bunyi itu,yang kini terasa mula menggangu proses kehidupan kami sekeluarga.
          Kami memang mula berasa bahawa kehadiran bunyi tersebut mulai menyebabkan proses perjalanan hari kami mula berubah.Jika hari-hari yang berlalu,waktu begini,kami semua akan keluar untuk berkerja.Bagi kami kerja itu dapat membunuh kemalasan.Satu ungkapan yang kami wariskan sewaktu kami mula-mula menghuni rumah ini.Tetapi, sekarang kami terpaksa membatalkan segala urusan kerja kami disebabkan bunyi tersebut.
          ‘’Kita harus menghadapi masalah bunyi aneh itu bersama-sama,’’ kata ayah sewaktu meminta kami berkumpul pagi ini.Ayah mengulangi kembali ayat tersebut dengan perubahan kata ‘’harus’’ kepada ‘’mesti’’.Walaupun dua kata tersebut ada nuansa,namun bagi kami dua kata tersebut tiada bezanya tetapi yang menarik pada kami ialah kata ‘’masalah’’ yang digunakan oleh ayah sekarang.
          Ini bermakna,bunyi itu telah menimbulkan satu beban atau kesusahan kepada kami yang menghuni rumah ini.Maka itu,kami harus mengatasinya bersama-sama.Begitulah kami yang selalu mentafsir segala ungkapan yang diucapkan oleh ayah.Bagi kami setiap kata-kata ayah bererti dan kami harus bertindak melaluai kata-kata ayah itu.Sejak bila kami menurutinya,kami tidak pasti,tetapi begitulah kami.
          Setelah ayah berasakan kami telah bersedia,kami telah diajukan dengan satu pertanyaan daripada ayah tentang benda yang mengeluarkan bunyi tersebut.Kali ini ayah mahu kami mencari apakah benda yang menjadi punca bunyi itu?Mungkin daripada punca banda itu,kami dapat mengesan bunyi tersebut.’’Tapi,mengapa bunyi itu tidak berbunyi pada waktu siang,tetapi hanya berbunyi pada waktu malam?Persoalan ini berbenih dalam setiap hati kami,tetapi tidak kami suarakan kepada sesiapa pun.Memang ada perkara yang kadang-kadang tidak dapat kami nyatakan secara terus terang kerana kami bimbang perkara yang kami nyatakan itu akan menjadi seperti wabak,yang akan menggangu keharmonian dan kemurnian rumah kami nan sebuah ini.Begitulah selalunya kami.
            Keheningan telah menyelimuti kami seketika untuk berfikir tentang punca bunyi itu sebelum kakak memulai dengan tekaannya.Barangkali bunyi itu berpunca daripada titisan air pili yang tidak ditutup betul-betul.’’Betul,’’sambut ayah.’’Oleh itu,malam ini kita semua harus memastikan semua pili air ditutup ketat-ketat setelah digunakan,’’sambung ayah.Setelah ayah berkata begitu,kami lihat kakak tersenyum sipu bagai sekuntum bulan penuh yang tidak di lindung awan.
          Malam itu kami pun memastikan setiap kepala pili ditutup ketat-ketat sebelum kami masuk ke kamar masing-masing.Setelah sebahagian lampu di rumah ini dimatikan,sebelum kami terlelap,kami ingin pasti tidak ada lagi bunyi itu.
          Namun begitu,tanggapan kami tersasar apabila sebelum kami menarik gebar masing-masing,bunyi yang menjadi masalah kami sekarang sekali lagi berbunyi.Kali ini lebih nyaring.Adakah ia sengaja mengusik kami atau mempermainkan kami,penghuni rumah ini?
          Sekali lagi,malam ini kami berkumpul di ruang yang sama di rumah ini.Kami lihat dalam kesuraman cahaya lampu telah bertukar bagai bulan di lindung awan.Ayah pula meminta kami yang lain agar meneka benda yang mengeluarkan bunyi tersebut.
          ‘’Barangkali bunyi itu berpunca daripada ekor cicak.Bukankah cicak selalu menggerakan ekornya.’’Kali ini abang pula meneka.Kami serentak mengangguk-angguk.Barangkali.Lantas ayah telah menyuruh kami mencari dan memerhati cicak-cicak yang ada di rumah kami ini.
          Malam ini,sekali lagi kami semua melupakan nikmat tidur apabila setiap orang daripada kami menjada pemerhati cicak-cicak yang sebenarnya tidaklah banyak sangat di rumah kami.Ada antara kami yang berasa pelik apabila berlama-lama melihat cicak.Memang ada cicak yang mengerakkan ekornya mungkin ingin mengawan atau geram kepada lawannya,tetapi tidaklah mengeluarkan bunyi yang kami dengar.
          Maka,sekali lagi kami sepakat memutuskan bahawa bunyi yang kami cari itu tidak berpunca daripada ekor cicak.Sekali lagi kami menunggu dan antara kami meneka lagi.’’Barangkali bunyi itu berasal daripada sebuah jam lama yang tersembunyi di rumah ini.’’Datuk kembali mengingatkan kami kepada sebuah jam yang besar yang rosak dan telah kami simpan ia di sebuah kamar,tempat menyimpan barang-barang yang tidak dipakai.
            Kami serentak setuju dan berasa riang dengan tekaan datu itu.Barangkali benar kata datuk,jam itulah punca bunyi aneh tersebut.Sewaktu jam itu hidup,bunyinya juga mirip seperti yang menggangu kami sekarang ini.
          ‘’Barangkali,’’kata datuk lagi,’’jamitu telah hidup kembali.’’Oleh sebab itu,bunyi aneh ini akan berbunyi setiap kali jam menunjuk ke angka 12.00 tengah malam.Lantas kami telah menuju ke kamar tersebut.Kunci telah tersedia di tangan ayah.Saat ayah menghalakan anak kunci ke lubang kunci pintu kamar itu,kami berasakan satu debaran yang lain.Satu rasa debaran yang sesekali kami rasai,pada waktu-waktu tertentu.
            Pintu kamar telah dibuka dan tepat di hadapan kami terlihat sebuah jam lama yang besar,tepat seperti memandang kami.Ayah telah menyuruh aku menghampiri jam tersebut dan mendengar bunyinya untuk memastikan ia hidup atau tidak.Aku telah berdiri betul-betul di sebelah jam lama itu dan aku menelinga sesuatu dari sumber bunyi jam tersebut.Tidak aku bunyi.Aku memberikan satu isyarat kepada ahli keluargaku yang setia berdiri di hadapan pintu kamar menanti jawapan.
            Kami berkumpul kembali di ruang yang biasa kami berkumpul.Kami menunggu giliran siapakah pula antara kami yang akan meneka bunyi tersebut.Bunyi itu terus bergema di dalam rumah kami.
          ‘’Barangkali ia berpunca daripada sebutir bom yang telah lama tertanam di dalam perut bumi di bawah tapak rumah ini,’’suaraku memecah jendela kebisuan kami.Kemudian,terdengar berderai ketawa kami.
          ‘’Barangkali,’’kata datuk itu menghentikan derai tawa kami,sekali gus aku berasa satu perasaan lega kerana disokong.’’Barangkali betul kata dia,di bawah tapak rumah ini tertanam sebutir bom dan sekarang ia mula berbunyi dan hanya menunggu saat untuk meledak.’’Sehabis kata-kata datuk itu,nafas kami seakan-akan terhenti.
          ‘’            Hal ini bermakna kita tidak ada harapan lagi untuk menghuni rumah ini selama-lamanya?’’Ayah seperti badut menyoal kepada datuk.Kami tahu kenapa soalan itu hanya kepada datuk.Sebenarnya datuk juga lebih tahu tentang rumah ini kerana sebelum ayah,datuk pernah memegang peranan sebagai ketua rumah sekali gus ketua keluarga ini.Namun begitu,setelah datuk sedikit uzur,terutamanya apabila pendengarannya selalu terganggu,datu telah meminta ayah mengambil peranannya.
          ‘’Tidak,jika kita cepat bertindak,kemungkinan kita dapat mematikan bom tersebut.’’Datuk memberikan harapan kepada kami semua sambil tersenyum,seperti biasa apabila ada antara kami yang bertanya kepadanya.
          ‘’Tapi,kita harus menyiasat dulu benar atau tidak di tapak rumah ini tertanam bom,jika ia hanya seperti tekaan yang lain juga,yang salah,kita akan membuat satu kerja yang sia-sia.’’
          Kami tahu abang tentu sahaja mempunyai alasan untuk menindakan cadangan datuk itu.Kami tahu datuk dan abang seperti tidak sebulu dalam keluarga kami di rumah ini.
          Walaupun begitu,ini hanya tanggapan kami sahaja kerana abang selalu mengatakan bahawadia tidak ada apa-apamaalah dengan datuk.Hanya abang ingin menjadi ahli keluarga yang bertanggunjawab dalam keluarga.Bukankah abang yang akan mewarisi rumah ini selepas ayah?Begitulah abang yang selalunya akan melontarkan kembali persoalan setiap kali dia memberikan kenyataan.
          Kami menunggu pula reaksi daripada datuk dan memang selalunya datuk akan menjawabnya dan kali ini datuk mengatakan bahawa itu Cuma cadangannya yang disambut daripada tekaan aku.’’Barangkali betul di tapak rumah kita ada bom.Barangkali juga tidak ada langsung tapi untuk membuktikannya kita mesti mengoreknya.’’Itulah datuk dan kami telah mengenali sikapnya.Tetapi kami tetap menghormati dan menyayanginya.
          Ayah seperti tahu dia sebagai ketua keluarga terus memutuskan bahawa kami tidak perlu mengorek tapak rumah ini kerana proses mengoreknya dan mencari bom tersebut akan mengambil masa yang lama.Jika kami melakukannya juga,ia akan memperlihatkan kebodohan kami menyelesaikan masalah tentang bunyi aneh tersebut kepada jiran-jiran kami yang lain.Ayah mahu menjaga nama baik keluarga kami sekali gus juga dirinya sebagai ketua rumah ini.
          Malam pun terus larut dalam gelas dinahari dan kami pun terus menunggu lagi jika ada tekaan daripada ahli keluarga kami yang lain tentang bunyi yang masih lagi kedengaran.Otak kami seperti dipukau oleh bunyi tersebut sehingga mata kami tidak berasa mengantuk.
          ‘’Apakah ia jika bukan daripada titis air?’’Apakah ia jika bukan daripada ekor cicak?’’Apakah ia jika bukan daripada sebuah jam lama?’’Apakah ia jika bukan daripada sebutir bom?”Kami terus berfikir bersama-sama.Hanya tiba-tiba adik menjerit sambil menunjukan sesuatu yang sedang menghidu-hidu di hadapan kami sambil mengeluarkan bunyi;’’tik’’.Kami pun bersama-sama menyebut;
          ‘’Cencorot?’’Ya,cencorot;sejenis tikus.Kehadiran sesuatu yang asing dalam lingkungan kita membuatkan kita tidak tenteram.Sekecil mana pun ia,pencerobohan tidak boleh dibiarkan lama berada dalam lingkungan kita.Kita harus bersatu menghalang pencerobohan.

DISEDIAKAN OLEH : SITI UMIRAH BT JUSOH@IBRAHIM ( BC12110160)

No comments:

Post a Comment