Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Wednesday 18 December 2013

cerpen permintaan terakhir




Pagi yang dingin itu telah membuatkan tubuh Zalia dihuni rasa sejuk yang menyengat tulangnya. Lantas, dia menyegerakan kewajipannya sebagai orang islam. Setelah itu Zalia menjejakkan kaki ke Hospital Besar kuala Terengganu, kekasih hati yang dicintainya terlantar di rumah sakit sudah hampir satu miggu. Kerisauan jelas terpapar di mukanya, kerana takut kehilangan kekasihnya iaitu Wan Zafrul Hisyam. Dia sendiri tidak menyangka bahawa percintaan mereka selama tiga tahun itu mempunyai rahsia yang besar disembunyikan oleh Zafrul. Selama ini Zafrul berlagak sihat sedangkan dia sudah lama menderita penyakit leukemia. Setelah penyakitnya sampai di tahap kritikal, barulah Zalia ketahui dan yang mampu dilakukannya hanyalah berdoa. Cintanya kepada Zafrul bermula pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Terengganu, Zalia tidak mengenali sesiapa di situ kerana dia berasal dari Pahang. Bantuan yang dihulurkan oleh Zafrul untuk membantu Zalia disambut baik olehnya.
“awak ni budak baru jurusan psikologi ke?”
“ye saya.. urmm,boleh tak awak tolong tunjukkan saya dimana tempat kelas ni?”.
“patutlah nampak kebinggungan. Saya Wan Zafrul Hisyam, senior tahun dua jurusan psikologi kanak-kanak, mari saya tunjukkan”
“hehe, saya Nur Zalia Ayuni”, tidak lekang senyuman di bibir Zalia memandang ke arah Zafrul. Mata mereka bertentangan, dan denyutan jantung mereka berdebar-debar. Zafrul meneliti satu persatu wajah gadis di depannya, berpakaian baju kurung warna kuning berbunga merah dan digandingkan pula selendang berwarna merah menyebabkan wajahnya menyerlah. Kulitnya yang putih melepak, bibir merah bak delima, bulu mata yang lentik, mempunyai sepasang mata cantik yang berwarna coklat. Kecantikan Zalia juga telah memukau hatinya untuk terus menatap lebih lama, senyuman Zalia juga telah menampakkan lesung pipit di pipinya. Zalia menyedari terlalu lama diperhatikan Zafrul, lantas dia tertunduk malu.
                Sejak hari itu perkenalannya dengan Zafrul semakin rapat, sehinggalah masing-masing antara mereka mempunyai rasa cinta dan menjadi kekasih. Zafrul mempunyai seorang sahabat sejak sekolah rendah lagi. Sahabatnya yang bernama Hakim Asyraf menuntut di Universiti yang sama tetapi mengambil jurusan Engineering. Hakim juga berkawan dengan Zalia, tetapi tanpa disedari mereka Hakim menyimpan perasaan terhadap kekasih sahabat karibnya sendiri. Dia telah cuba untuk mengusir rasa itu, tetapi rasa itu makin kuat mencengkam hatinya. Disebabkan itulah dia jarang mahu meluangkan masa bersama Zalia dan Zafrul. Tetapi dia sering menolong mereka berdua jika mereka mengalami masalah.
Zalia tersedar dari lamunan setelah ditepuk oleh Hakim. Rupa-rupanya dia sudah hanyut di bawa memori cintanya bersama Zafrul.
“kenapa awak termenung ni?, masih tak dapat menerima hakikat lagi ke?
“awak takkan faham Hakim, saya mencintai Zafrul sepenuh hati dan bermacam janji yang dia janjikan. Tetapi hari ini dia terlantar di katil dan tidak sedarkan diri, mungkin sebentar lagi juga saya harus merelakan pemergiannya”, tanpa disedari airmata Zalia mengalir dipipinya.
Awak lagilah tak faham perasaan saya. Betapa terseksa dan sakitnya hati ini melihat awak terus-terusan menyeksakan diri. Saya sentiasa ada untuk awak, tapi awak tak pernah cuba berpaling. Saya tahu awak terlalu menyintai sahabat saya, tapi berilah saya peluang untuk menghiburkan hati awak. Tak ada orang yang merelakan perpisahan,Lia. Bisik Hakim di dalam hatinya.
“saya minta maaf Lia, tapi saya pun sedih nak merelakan pemergian Zafrul. Dari kecil lagi kami bersahabat dan sekarang saya akan kehilangan orang yang saya sayang”
Zalia memandang ke muka Hakim, dia turut merasakan sedih dan rasa bersalah berkata sedemikian rupa kepada Hakim. Dia akan kehilangan cinta dan Hakim pun akan kehilangan sahabat. Secara tiba-tiba Zafrul tersedar dari koma. Hakim mahu melangkah mendapatkan doktor tetapi dihalang oleh Zafrul.
“Zaf, awak dah sedar? Syukurlah.. awak nak apa-apa tak?”, tanya Zalia.
“Zaf cuma nak bercakap dengan kalian berdua”. Zafrul meminta dengan suara yang dengar tak dengar. Hakim dan Zalia mendekatkan diri mereka dengan Zafrul.
“Lia.. Zaf nak minta maaf sangat-sangat dengan Lia. Zaf tahu Zaf yang salah kerana merahsiakan penyakit Zaf. Tapi Zaf buat semua tu kerana tak sanggup melihat Lia sedih jika mengetahui hal yang sebenar. Maafkan Zaf ya Lia.”
“saya dah maafkan awak Zaf. Sudahlah jangan cakap lagi, awak rehat ya”. Airmata Zalia makin menitis dengan laju. Zafrul cuba mengesat airmata insan kesayangannya.
“Hakim.. aku ada satu permintaan terakhir. Dan aku nak kau dan Lia tunaikan permintaan aku yang terakhir ni”
“permintaan apa ni? Kau tak payah merepek la”.
“kalau kalian sayangkan aku, kalian akan tunaikan permintaan ini. Jika permintaan ini ditunaikan aku dapat pergi dengan tenang. Aku nak kau mengahwini Lia, aku nak kau jaga Lia. Aku percaya Kim, kau boleh jaga dia dengan baik. Aku nak kalian berjanji, boleh kan?”
“kau dah gila Zaf, mana mungkin aku menunaikan permintaan itu”. Hakim memandang muka Zalia yang terus-terusan dihujani airmata. Dia mahu meminta Zalia mengeluarkan suara bantahan, tetapi kata hatinya juga ingin memenuhi permintaan itu.. disatu sisi pula dia tidak sanggup kerana seolah-olah merampas kepunyaan sahabatnya sendiri.
“demi persahabatan kita Kim, Lia macam mana? Please Lia, tunaikan permintaan yang terakhir ni demi percintaan kita”. Zafrul terus merayu, kerana dia tahu dia sudah tidak punya banyak masa. Dia sudah tidak mampu memberi kebahagiaan kepada Zalia seperti dahulu. Dia mengetahui Hakim menyintai Zalia sepenuh hati kerana setiap kali hari lahir Zalia, Hakim menyediakan hadiah dan kata-kata cinta buat Zalia. Tetapi hadiah itu tidak pernah diberikan kepada Zalia, Zafrul menjumpai hadiah, kad-kad cinta dan gambar Zalia di dalam laci meja bilik Hakim secara tidak sengaja. Disebabkan itu, hari ini dia mahu memulangkan kebahagiaan buat Hakim, baginya Hakim sudah lama memendam rasa.
“kalau itu yang kau mahu, aku akan tunaikan. Tapi kau jangan anggap aku ni perampas pula”
“tak la,malah aku gembira kau mahu menunaikan permintaan aku. Lia.. Zaf terlalu menyintai Lia, sejak kali pertama kita jumpa hati Zaf hanya terukir nama Lia. Meskipun Zaf akan pergi meninggalkan Lia, tetapi cinta Zaf terhadap Lia tak pernah padam. Maafkan segala kesalahan Zaf, dan Zaf harap Lia akan menerima semuanya demi cinta kita. Hakim.. aku minta maaf ya kerana sudah menyusahkan kau. Aku serahkan Nur Zalia Ayuni kepada kau”.
Secara tiba-tiba, Zaf mengalami sesak nafas doktor bergegas mendapatkannya. Hanya lafaz khalimah syahadah yang menjadi ucapan terakhinya. Zalia seperti orang gila melaung menyebut nama Zafrul. Hakim memeluknya dengan cuba menenangkannya, airmata lelakinya juga jatuh.
               
                Perkahwinannya dengan Zalia dilangsungkan tiga hari selepas kepergian Zafrul. Perkahwinan yang tergesa-gesa itu telah mengejutkan kedua-dua belah pihak keluarga. Namun, perkahwinan mereka tetap berlangsung dengan meriah, ini kerana Hakim merupakan anak tunggal keluarganya. Saat akad nikah berlangsung, itulah kali pertama Hakim melihat Zalia memberikan senyuman kepadanya setelah senyumannya hilang sejak tiga hari lepas. Tetapi itu hanyalah sementara, kerana dia tahu mereka hanya berlakon mesra sedangkan ada rahsia antara mereka.
Malam itu Hakim menemui Zalia untuk berbicara setelah tiga hari mereka tidak berbual. Zalia juga hanya mengeyakan setiap keputusan mengenai perkahwinannya. Hakim duduk disisi Zalia yang sedang termenung di atas katil.
“Lia, kita berdua melakukan semua ni, hanya kerana satu permintaan. Tetapi Hakim juga berharap agar Lia mahu membuka hati Lia buat Hakim kerana kita bukan mahu hidup sehari dua tapi sepanjang hayat kita. Hakim tak akan paksa Lia, kerana Hakim tahu amat sukar untuk Lia melupakan dan menerima semua ini. Tetapi Hakim janji Lia, Hakim akan cuba jadi suami yang baik untuk Lia”. Hakim bangun untuk meninggalkan Zalia, tetapi tangan dia dipegang oleh Zalia.
“Hakim, Lia… Lia pun akan cuba jadi isteri yang baik buat Hakim. Tetapi Lia minta maaf, Lia tak bersedia lagi untuk menunaikan kewajipan seorang isteri”.
“tak pe Lia, Hakim faham. Lia mahu bercakap dan layan Hakim dengan baik pun dah cukup buat Hakim bahagia”.
Perkahwinan mereka sudah genap satu tahun. Tetapi mereka masih lagi menjadi pelakon yang hebat di mata orang. Hakim sebenarnya ingin Zalia menyintainya sepertimana Zalia menyintai Zafrul. Hakim juga sudah terlalu lama memendam perasaannya terhadap Zalia, tetapi Zalia masih tetap mengganngapnya sebagai kawan kekasihnya. Hari ini genap setahun perkahwinan mereka, Hakim merancang ingin memberi kejutan buat isteri tercinta, dia mahu meluahkan segala isi hatinya yang sudah lama terpendam. Hakim mengajak Zalia ke sebuah pantai, terdapat sebuah meja makan, dan didepannya terdapat bentuk love yang dikelilingi lilin di sekitarnya. Zalia sedikit terharu dengan kejutan sebegitu, dia tidak menyangka Hakim akan bersikap sedemikian. “betul ke Hakim ni, atau jangan-jangan..”
“apa yang awak tercegat tu, duduklah”
“kenapa awak buat semua ni?”, Lia cuba meminta kepastian kerana hairan dengan sikap suaminya yang tiba-tiba menjadi romantik. “takkan sebab hari ini ulangtahun perkahwinan kami kot”.
“Lia, saya dah lama pendam rasa, hari ini saya ingin memberitahu awak sesuatu. Sebenarnya saya sudah lama jatuh hati pada awak. Sejak kali pertama awak diperkenalkan kepada saya oleh Zafrul. Tapi saya sedar awak dan Zafrul saling menyintai, sebab itu saya hanya memendam rasa. Tapi sekarang awak dah jadi milik saya. Tapi walaupun awak dah jadi milik saya, tapi saya tahu hati awak bukan milik saya. Sempena ulangtahun perkahwinan kita boleh tak saya nak minta hati awak menjadi milik saya?”
“Hakim.. Lia.., hurmm.. kenapa Hakim baru terus terang sekarang?. Kenapa tak dari dulu lagi?? Patutlah Hakim terima permintaan Zafrul kan?, rupanya Hakim dah simpan perasaan kat Lia. Memang Lia mengaku hati Lia masih untuk Zafrul, tapi sebagai seorang isteri.. hatinya juga perlu diberikan kepada suami dan melupakan orang lain”.
“jadi.. Lia dah lupakan Zafrul?”
“siapa cakap Lia dah lupakan dia?, Lia tetap sayang dan cinta dia sebagai kekasih Lia. Tapi itu dah jadi kenyataan. Sekarang Lia dah bukakan pintu hati Lia untuk Hakim dan dah mula menyanyangi Hakim. Selama setahun perkahwinan kita sebenarnya Lia tak pernah berlakon dalam melayani Hakim di depan keluarga. Tetapi dia layan suami Lia dengan rasa cinta dan sayang yang Lia ada. Cuma Hakim yang berlakon, takkanlah perigi nak cari timba. Tapi hari ni bila Hakim beritahu perasaan Hakim. Lia lega sangat, sebab cinta Lia tak bertepuk sebelah tangan”.
“Ohh.. saja la erk ni?? Thank you sayang, sebab dah sudi cintakan abang..” . Hakim mencium tangan isterinya dengan penuh rasa kasih. Mereka mula mencipta kebahagiaan yang selama ini diimpikan. Malam itu mereka menyewa hotel di situ kerana mahu meluangkan masa yang selama ini telah disia-siakan oleh mereka.
“Lia, boleh tak kalau Lia panggil Hakim abang.. Hakim nak panggil Lia sayang. Barulah romantik hubungan kita,boleh kan?hehe.”
“boleh abang.. abang.. malam ni Lia dah bersedia menunaikan kewajipan Lia sebagai seorang isteri. Lia minta maaf abang kerana sudah menjadi isteri yang tidak menjalankan kewajipan terhadap suaminya.”
“shuutt.. dah.. dah sayang, abang tak kisah pun. Abang faham kenapa Lia inginkan begitu. Abang tak pernah paksa sayang tau. Abang nak kita melakukannya dengan rela hati”.
Zalia memandang muka suaminya yang selama ini dia tidak perhatikan dengan jelas. Suaminya mempunyai wajah yang kacak, dengan lekukan senyuman yang menawan. Dia cuba merenung ke dalam mata suaminya mencari kebenaran perasaan yang baru sebentar tadi diperkatakan kepadanya. Ternyata rasa cinta antara mereka wujud malah makin membara.
Pagi itu, Zalia tersedar dari tidur dan melihat suaminya di sebelahnya, dia menghembus nafas dengan tenang sambil tersenyum. Dia mengejutkan suaminya daripada tidur untuk menunaikan solat subuh.
“urmm, sayang dah bangun..”. Hakim mengucup pipi isterinya. “terima kasih sayang untuk semalam, abang bahagia sangat dengan sayang”.
“terima kasih juga abang. Sayang pun bahagia, lepas ni kita tak perlu berlakon lagi dah di depan keluarga. Kita dah jadi suami isteri yang sah sebenar-benarnya.”
                Selepas empat minggu kepulangan mereka ke rumah. Zalia sering mengalami muntah-muntah dan pening. Dia menemui doktor untuk meminta kesahihan, akhirnya dia mendapat jawapan. Dia merancang mahu memberi kejutan kepada suaminya. Pulang dari klinik, Zalia ke pasar untuk memasak makanan kesukaan suaminya. Malam itu dia menghidangkan makanan kesukaan suaminya dengan disertakan lilin seumpama candle light dinner. Hakim pulang ke rumah dengan rasa hairan kerana malam masih lagi awal tetapi lampu sudah dipadamkan, tetapi kereta isterinya terdampar di hadapan rumah. Hakim membuka pintu rumah dan melihat Zalia berpakaian cantik mengenakan dress dan mukannya dicalit make up. Disisinya terdapat makanan terhidang dan lilin meneranginya.
“apa yang special ni sayang, sampaikan isteri abang berpakaian cantik, siap dengan candle light dinner lagi”
“memang special sangat abang. Abang duduk la dulu”. Setelah Hakim duduk di atas kerusi, Zalia, duduk di atas lantai, Hakim cuba untuk menghalang tindakan isterinya. Tetapi Zalia memegang tangannya untuk membiarkan sahaja dia berbuat begitu.
“yang specialnya hari ni ialah…. Tak lama lagi, kita akan ada orang baru.” Zalia tersenyum gembira. Hakim terperanjat dan memeluk isterinya.
“betul ke sayang?, abang betul-betul tak sangka. Sayang ni menjadi betul la”, sambil mencuit hidung isterinya.
“aishh.. abang ni, rugi kan selama ni kita sia-siakan peluang yang ada selama setahun. tapi kita nak namakan dia apa ye?”
“betul tu Lia..amboi dah tak sabar dah ke, siap tanya nak letak nama apa ni?”. Zalia tersenyum malu, memang dia dah tak sabar menunggu kelahirannya anaknya.
“abang tahu nama apa kita nak bagi.. setuju tak kalau anak lelaki kita bagi nama Zafrul Hisyam??”. Zalia sedikit terkejut. Hakim cuba menjelaskan kepada isterinya, bukan dia mahu mengungkit tentang insan kesayangan mereka yang sudah tiada.
“sayang.. abang tak ada maksud lain pun. Abang nak letak nama tu sebab abang nak kita sentiasa mengingati Zafrul. Kerana dialah kita dapat bersama, abang juga nak anak kita seperti Zafrul yang kuat, bijak dan membahagiakan orang disekelilingnya, boleh kan?”
“Lia tak cakap pun tak boleh. Boleh la abang. Kalau bukan disebabkan permintaan terakhir Zafrul, kita tak mungkin bersatu dan saling menyintai. Zafrul mungkin cinta pertama sayang, tetapi abang cinta terakhir sayang”. Hakim gembira dengan kata-kata isterinya, dia memeluk erat isterinya.
“abang.. bolehkan esok kita melawat kubur Zafrul dan sedekahkan yassin buatnya. Sudah lama kita tak melawat kuburnya”.
“boleh sayang, abang pun ada berhajat begitu tetapi belum tersampai niat untuk memberitahu sayang”.
                Setelah genap Sembilan bulan, Zalia dan Hakim memperoleh anak lelaki. Bahagia tak terkira kerana hajat mereka untuk memberi nama Zafrul tercapai.  Hakim berkata dalam hati, “terima kasih kerana memberi sahabatmu ini rasa bahagia”.
TAMAT…

disediakan oleh : siti radiah bt jusoh (bc12110159)

No comments:

Post a Comment