Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Wednesday 25 December 2013

TRIP PELAJAR PENULISAN


Jumaat, 20 Disember 2013 - Siswa siswi major penulisan tahun dua Seni Kreatif Sekolah Pengajian Seni di Universiti Malaysia Sabah telah mengikuti trip sambil belajar ke Tenom. Trip ini merupakan 20 % markah midterm subjek Teknik Penulisan Media yang di ajar oleh pensyarah Sir Addley. Trip ke Tenom selama 3 hari ini telah disertai oleh 72 orang pelajar penulisan, namun masih ada sebahagian pelajar yang tidak dapat turut serta kerana menghadapi beberapa urusan dan masalah. Bas untuk ke Tenom telah disediakan dua bas oleh pihak UMS, sebuah bas mengambil pelajar di depan sekolah pengajian seni dan sebuah lagi mengambil pelajar di Kolej Kediaman Sri Angkasa kerana terdapat ramai pelajar penulisan tinggal di situ. Bas yang berada di SPS telah bergerak terlebih dahulu ke lokasi yang dituju. Manakala sebuah bas untuk pelajar Angkasa disertai oleh sebahagian pelajar yang berada di kolej dalam UMS kerana pelajar yang ada di Angkasa hanya dalam 30 orang sahaja.
Perjalanan bas itu bermula pada lebih kurang jam 3.30 petang. Keadaan di dalam bas itu sedikit riuh rendah kerana  terdapat ramai pelajar lelaki. Sewaktu menaiki bukit, bas itu mengeluarkan bau yang tidak busuk kerana breknya sudah panas, maklumlah bas yang dibawa ke Tenom merupakan bas lama, jadi tidak hairan jika mengalami pelbagai masalah. Bas tersebut terpaksa diberhentikan buat seketika, setelah itu kami meneruskan perjalanan. Sesampai sahaja di satu kawasan pasar malam di tempat yang bernama Tambunan, bas itu sudah dapat diteruskan kerana mengalami kerosakan. Semua pelajar menjadi panik, bagi melegakan hati kami semua menjamu selera di sebuah kedai di kawasan itu. Pelajar kembali panik apabila mengetahui terpaksa tidur di situ, masing-masing cuba bertekak dengan pendapat masing-masing. Sepanjang menunggu kedatangan bas lain, kami semua bersatu untuk bertenang dan menghiburkan hati dengan bermain pelbagai aktiviti di tepi jalan raya. Pak cik bas kami sangat baik kerana sanggup berkorban untuk kami, sanggup mahu menghantar kami ke Tenom pada malam itu jika ada bas. Namun apabila pak cik bas yang sudah membawa pelajar ke Tenom datang dengan angkuhnya memarahi pak cik bas kami dan menyuruh kami ikut dia balik ke UMS, sikapnya yang tidak mahu memahami membuatkan kami bersuara untuk menegakkan keputusan kami. Bagi dia mungkin senang saja penyelesaiannya, tapi bagi kami sangat sulit kerana untuk balik semula ke UMS memakan masa yang lama dengan jalan yang gelap, jalan yang berbukit dan gaung yang curam, ditambah pula jam yang sudah menunjukkan agak lewat malam. Disebabkan itu kami semua bersepakat lebih rela tidur di dalam bas di tepi jalan, kami juga sangat penat kerana sudah berjam-jam berada di jalanan. Tetapi keadaan dapat di selamatkan apabila datang pensyarah yang membawa kami semua menginap di rumahnya di daerah Tambunan. Kami semua bermalam di situ, keesokkan harinya barulah ada bas baru yang akan mengambil kami pergi ke Tenom. Segala pengalaman yang berlaku di Tambunan sangat bermakna walaupun pelbagai rintangan dan kenangan pahit, namun ia tetap akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan. Jika difikirkan semula, pihak UMS perlu menyediakan bas baru untuk pelajar supaya kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi. Walauapapun ia tetap merupakan pengalaman baru buat kami untuk kami pelajari sepanjang berada di Universiti.

DISEDIAKAN OLEH : SITI RADIAH BT JUSOH (BC12110159)




No comments:

Post a Comment