Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Saturday 19 October 2013

SUASANA HARI RAYA BERSAMA KAWAN-KAWAN

Universiti Malaysia Sabah,15 oktober 2013- Suasana kafe Kolej Sri Agkasa,sambutan hari raya kurban disambut dengan penuh meriah walaupun tanpa kehadiran keluarga tercinta.Masuk tahun ini sudah dua kali saya merayakan hari raya kurban di negeri di bawah bayu,walaupun saya beraya di negeri orang,namun suasana raya boleh dikatakan agak meriah dengan kehadiran rakan-rakan yang terdekat.Ini kerana saya dan rakan-rakan serumah telah menyediakan hidangan yang boleh dikatakan agak lazat bagi menyambut hari raya ini.
Kami telah meninjau ke pasar,untuk mencari bahan-bahan untuk membuat sedikit jamuan untuk kawan-kawan terdekat keesokan harinya.Barang-barang sudah siap dibeli,dan siap untuk dimasak,kami telah mengambil masa yang agak lama untuk menyediakan masakan ini kerana kami hanya mengunakan periuk nasi yang dipinjam oleh rakan-rakan yang terdekat.Masih aku ingat lagi betapa kalutnya aku dan rakan-rakan lain menyediakan hidangan ini sehingga terpaksa bersekang mata demi menyediakan hidangan untuk dijamu kepada kawan-kawan keesokan harinya.Namun usaha aku dan kawan-kawan lain bersengkang mata sampai pukul 3 pagi berbaloi kerana semua makanan dapat disiapkan dengan sempurna.
Keesokan harinya tepat pukul 6 pagi kami semua sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan sembahyang hari raya di masjid ums,suasan hari raya dapat aku lihat apabila ramai orang dan masyarakat setempat yang datang beramai-ramai untuk menunaikan sembahyang hari raya di masjid.Dan hal ini bertambah meriah dengan kehadiran rakan-rakan yang senegeri dengan aku.
Selepas menuniakan sembahyang hari raya,kami telah mengambil keputusan untuk pulang ke kolej kediaman untuk menyediakan dan menyiapkan bahan –bahan yang perlu dibawa turun untuk dijamu kepada rakan-rakan yang telah lama menanti dalam keadaan lapar.Dengan kemeriahan yang ada pada hari itu,maka kuranglah sedikit kesedihan akibat tidak dapat beraya di samping keluarga tercinta.Sambil-sambil makan kami mula bercerita tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang masing-masing,dan saling berkongsi pelbagaikisah suka dan duka bersama-sama.

Dengan kehadiran semua rakan-rakan yang tercinta maka dapatlah aku mengurangkan kesedihan akibat tidak dapat beraya bersama-sama keluarga,dan di samping itu juga kemeriahan beraya di negeri di bawah bayu juga tidak kurang hebatnya apabila kehadiran sahabat handai yang datang memeriahkan suasana pada hari tersebut.Tambahan pula kami sebagai pelajar yang merantau harus reda dengan keadaan ini,kerana memang menjadi lumrah pelajar yang kurang berkemampuan untuk menjimatkan kos penerbangan,dengan tidak pulang ke kampung,tambahan pula cuti yang diberikan hanyalah satu hari sahaja.(SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM) (BC12110160)

No comments:

Post a Comment