Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Sunday 27 October 2013

SEMANGAT PELAJAR MAJOR PENULISAN

26 OKTOBER 2013- Hampir keseluruhan pelajar Sekolah Pengajian Seni Kreatif major penulisan terlibat dengan "Program Semarakkan Bulan Bahasa" yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di One Borneo, Hypermall Kota Kinabalu, Sabah. Pelajar-pelajar penulisan bukan sahaja mahir dalam menulis, namun mereka juga mempunyai bakat dalam berlakon, menari, melawak, dan juga berpuisi. Mereka juga turut melibatkan diri dalam program ini secara sukarela, walaupun ada sebahagian pelajar dibawah penyelaras Encik Suhaimi dalam subjek resital yang diwajibkan menyertai, namun sikap terbuka pelajar-pelajar lain tidak mampu disanggah lagi. Mereka bertungkus lumus dan berganding bahu selama seminggu melakukan latihan di waktu malam bersama-sama. Mereka sanggup mengorbankan masa malam mereka untuk meghadirkan diri. Sifat ini perlu dipuji  kerana ternyata usaha mereka tidak sia-sia apabila tidak jemu-jemu diberikan pujian oleh pihak Dewan Bahasa Pustaka. 
"Program Semarakkan Bahasa" yang bertemakan "Bahasa Jiwa Bangsa" harus mendapat perhatian yang lebih daripada pelajar-pelajar, kerana inilah saatnya untuk pelajar menyerlahkan lagi bakat yang ada pada diri. Dengan ini juga kita dapat menghayati dan menghargai bahasa kita dengan lebih mendalam. Persembahan yang ditonjolkan oleh pelajar penulisan sangat berkesan kepada penonton. Setiap bait-bait puisi yang dilafazkan juga sangat bermakna kata-katanya. Persembahan para pelajar juga dapat menarik dan memukau perhatian penonton untuk melihatnya. Ini semakin menaikkan nama Sekolah Pengajian Seni UMS kerana mempunyai pelajar yang cukup berbakat. Meskipun  Sekolah Seni sering diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu, namun nama seni tetap gah kerana sikap pelajar penulisan yang mahu mencuba apapun. Sikap sebeginilah yang harus ada pada setiap pelajar untuk mencapai kejayaan yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa sekolah seni semakin meningkat prestasinya.

DISEDIAKAN OLEH : SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)

No comments:

Post a Comment