Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Sunday 27 October 2013

PROGRAM BAHASA JIWA BANGSA DI ONE BORNEO

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH,26 OKTOBER 2013- Tak dapat aku bayangkan bahawa gementarnya aku ketika berada di atas pentas besar di One Borneo sempena bulan bahasa peringkat negeri sabah.Aku adalah salah seorang peserta dalam ramai-ramai peserta yang ada di situ.Aku berpantun dengan kawan-kawanku yang lain dengan keadaan suasana yang boleh dikatakan agak hangat dengan sokongan kawan-kawan dan acara berbalas pantun yang sangat menarik di kalangan kawan-kawanku yang lain.
Selain itu juga,persembahan sketsa dan tarian juga amat menarik kerana ianya terdiri daripada pelajar sekolah pengajian seni,universiti malaysia sabah.Persembahan sketsa dilakonkan oleh hazwan,hasmie,oi kok kiam dan beberapa orang lagi sahabat kami yang lain.Persembahan sketsa yang dibawa ialah tentang betapa pentingnya bahasa  melayu daripada bahasa asing.Persembahan tersebut juga turut menyelitkan beberapa puisi,nyanyian dan sebagainya yang menghiburkan ramai penonton yang ada pada ketika itu.Lawak dan kata-kata yang dibawa bersahaja oleh kawan-kawan yang terlibat pada ketika itu.
Aku berpantun dengan beberapa orang kawan-kawan yang lain.Tak dapat digambarkan bahawa gementarnya aku ketika berada di atas pentas bagi menyampaikan pantun-pantun tersebut.Tubuh dan jasadku seakaan kaku apabila melihat betapa ramainya orang yang berdiri di hadapanku pada ketika itu.Namun aku meneruskan juga berbals pantun demi persembahan tersebut,mata aku hanya kebawah,kerana aku tidak berani melihat di hadapan kerana masih dikuasai perasaan gementar apabila berhadapan dengan orang ramai.Aku memnag tidak boleh berdepan dengan orang ramai kerana tubuhku akan berasa gementar secara tiba-tiba dan aku mungkin tidak dapat membuat persembahan dengan baik kerana perasaan gementar tersebut telah menguasai diri aku yang memang sudah ketakutan.

Selain itu juga,terdapat beberapa buah tarian yang dipentaskan oleh pelajar tahun satu dan dua daripada pelajar sekolah pengajian seni kreatif yang membuat persembahan pada ketika itu.Persembahan tarian mereka juga rancak dan mampu memukau pandangan penonton untuk melihat dengan lebih jelas lagi akan persembahan tersebut.Aku yang menyaksikan persembahan itu sendiri pun berasa kagum dengan kebolehan pelajar-pelajar seni kreatif yang boleh melakukan pelbagai aksi dalm satu masa iaitu tarian,penulisan dan berteater yang boleh miningkatkan lagi pencapaian sekolah pengajian seni ke peringkat yang lebih tinggi dan dikenali di mata sekolah-sekolah lain.Aku juga berharap bahawa sekolah pengajian seni juga mampu menangani pelbagai masalah yang mendatang dengan keadaan dengan penuh keyakinan untuk menghadapi masalah tersebut di masa yang akan datang.
DISEDIAKAN SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

SEMANGAT PELAJAR MAJOR PENULISAN

26 OKTOBER 2013- Hampir keseluruhan pelajar Sekolah Pengajian Seni Kreatif major penulisan terlibat dengan "Program Semarakkan Bulan Bahasa" yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di One Borneo, Hypermall Kota Kinabalu, Sabah. Pelajar-pelajar penulisan bukan sahaja mahir dalam menulis, namun mereka juga mempunyai bakat dalam berlakon, menari, melawak, dan juga berpuisi. Mereka juga turut melibatkan diri dalam program ini secara sukarela, walaupun ada sebahagian pelajar dibawah penyelaras Encik Suhaimi dalam subjek resital yang diwajibkan menyertai, namun sikap terbuka pelajar-pelajar lain tidak mampu disanggah lagi. Mereka bertungkus lumus dan berganding bahu selama seminggu melakukan latihan di waktu malam bersama-sama. Mereka sanggup mengorbankan masa malam mereka untuk meghadirkan diri. Sifat ini perlu dipuji  kerana ternyata usaha mereka tidak sia-sia apabila tidak jemu-jemu diberikan pujian oleh pihak Dewan Bahasa Pustaka. 
"Program Semarakkan Bahasa" yang bertemakan "Bahasa Jiwa Bangsa" harus mendapat perhatian yang lebih daripada pelajar-pelajar, kerana inilah saatnya untuk pelajar menyerlahkan lagi bakat yang ada pada diri. Dengan ini juga kita dapat menghayati dan menghargai bahasa kita dengan lebih mendalam. Persembahan yang ditonjolkan oleh pelajar penulisan sangat berkesan kepada penonton. Setiap bait-bait puisi yang dilafazkan juga sangat bermakna kata-katanya. Persembahan para pelajar juga dapat menarik dan memukau perhatian penonton untuk melihatnya. Ini semakin menaikkan nama Sekolah Pengajian Seni UMS kerana mempunyai pelajar yang cukup berbakat. Meskipun  Sekolah Seni sering diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu, namun nama seni tetap gah kerana sikap pelajar penulisan yang mahu mencuba apapun. Sikap sebeginilah yang harus ada pada setiap pelajar untuk mencapai kejayaan yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa sekolah seni semakin meningkat prestasinya.

DISEDIAKAN OLEH : SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)

pemeriksaan keselamatan UMS

                                            
Baru-baru ini pihak keselamatan ums telah mengadakan pemeriksaan keselamatan secara mengejut di hadapan pintu besar ums. Pemeriksaan itu dijalankan pada waktu pagi dimana ketika itu ramai mahasiswa ingin ke kelas. Pemeriksaan itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan ums. Ramai  pelajar ums dikenakan saman kerana mempunyai berbagai-bagai kesalahan. antara kesalahan yang paling banyak melibatkan pelajar ums ialah pelajar tidak melekatkan stikel ums pada kenderaan. Stikel itu penting kerana itu merupakan identiti pelajar ums. Hal itu juga memudahkan bagi mengenal pelajar ums dan org luar disamping menapis kemasukan orang luar tanpa sebarang tujuan dalam ums. bagi mendapatkan stikel pelekat  ums, haruslah itempah terlebih dahulu. Untuk menempah stikel amat rumit kerana ia memerlukan tandatangan pengetua kolej kediaman masing-masing dan salinan lessen memandu.
                Disamping itu juga kesalahan yang dikenakan saman juga adalah tidak mempunyai lessen memandu. Selalunya denda yang dikenakan keatas pelajar ums tidak mempunyai lessen hanyalah rm30 dan keatas jika pelajar menaiki motosikal didalam kawasan ums. jika di luar ums denda yang dikenakan lebih daripada itu. Selainitu juga,jika memarkir kenderaan dimerata juga dikenakan denda. Selalunya denda yang dikenakan ialah rm10. Alasan mengapa ramai pelajar memarkir kenderaan di merata tempat kerana tiada parkir yang disediakan yang berdekatan. Parkir yang disediakan terlalu jauh dan bimbang akan keselamata kenderaan. Bagi kebanyakan pelajar terutamanya pelajar yang berasal dari semenanjung dan yang tinggal diluar ums, kenderaan yang dinaiki hanyalah kenderaan yang disewa bagi memudahkan untuk ke kelas.
                Banyak pelajar yang komplain dan membantah tetapi tiada sesiapa yang berani bersuara. Yang hairannya hampir tiap-tiap hari dan orang yang sama sahaja yang kena tetapi hanyan diam sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mungkin bagi mereka nilai denda yang dikenakan tiada apa-apa nilainya bagi mereka. Pihak keselamatan tidak bertolak ansur langsung terhadap pelajar. Seharusnya pihak keselamatan bertolak ansur dengan alas an yang dikemukakan oleh pelajar. Pihak yang berwajib haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya dan pelajar juga haruslah mengikuti dan mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh : norfarahanun binti mohd daud (bc12110108)

KURSUS INTERIM KE KAMPUNG PALU-PALU

KURSUS INTERIM KE KAMPUNG PALU-PALU

JUMAAT,25 OKTOBER 2013-kursus kokurilkulum INTERIM,Ums telah menalankan satu program kemasyarakatan yang bertempat di Kampung Palu-Palu,Kuala Penyu.Program yang dijalankan selama dua hari satu malam itu banyak memberi manfaat dan pendedahan terutamanya kepada mahasiswa dan mahasiswi Kursus INTERIM.Program itu dikelolakan oleh En.Shahrul Azizi iaitu pensyarah kursus INTERIM itu sendiri dan seramai 34 orang pelajar INTERIM yang terlibat.
Kursus INTERIM atau dikenali juga dengan Kursus Interaksi Institusi dan Masyarakat merupakan salah satu kursus yang menjalankan aktiviti interaksi insitusi pelajar dengan masyarakat diluar.Objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan lagi para pelajar dengan keadaan masyarakat diluar disamping untuk mendedahkan lagi mereka dengan menjalankan akitviti-aktiviti kemasyarakatan.
Pada hari pertama kursus ini dijalankan,Pelajar-pelajar ditempatkan dirumah Penghulu Kg Palu-palu,dimana kedatangan kami disambut dengan penuh mesra dan ramah oleh isteri ketua kampung itu sendiri bersama dengan penduduk Kg Palu-Palu.Program itu lebih mudah dilaksanakan kerana salah seorang pelajar INTERIM merupakan anak kepada Penghulu tersebut.Dengan itu program itu dijalakan dengan sempurna.
Antara program yan dijalankan adalah program gotong-royong disekitar kawasan kampung Palu-Palu,aktiviti menyediakan makanan bersama dengan orang kampung,aktiviti membersihkan surau,menbersihkan dewan serta kami juga berpeluang untuk menaiki dan meninjau keadaan kapal Maritim yang berlabuh di Kampung Palu-Palu tersebut.
Lebih bermakna lagi apabila program itu turut disertai oleh kira-kira 80 orang anggota Maritim yang bertugas di Labuan yang turut berada disana melakukan aktiviti kemasyarakatan di Kampung Palu-Palu tersebut.Dengan kesempatan yang ada,kami juga turut berpeluang  untuk  beramah mesra dengan anggota-anggota Maritim dalam menbantu mereka melaksanakan program disana.Program yang dilaksanakan dikampung Palu-palu itu dijalankan dengan jayanya.
Menurut pensyarah INTERIM,En.Shahrul Azizi menyatakan rasa syabas dan tahniah kepada semua pelajar-pelajar kursus INTERIM yang berjaya melaksanakan program itu dengan baik dan jayanya tanpa ada sebarang masalah.Beliau juga mengucapakan ribuan terima kasih kepada penduduk Palu-Palu kerana memberi kebenaran untuk terlibat dan melakukan program disana.Dan program ini banyak membuka mata pelajar bagaimana suasana masyarakat dan menberi banyak manfaat buat mereka semua.


Disediakan oleh : Norkafisah bt Mohd Noor

PROGRAM KEMASYARAKATAN BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG PALU-PALU DI KUALA PENYU

Program kemasyarakatan bersama penduduk kampung palu-palu  di kuala penyu

Jumaat, 25 oktober 2013-  Program kemasyarakatan bersama penduduk kampung palu-palu  di kuala penyu telah di anjurkan oleh kursus kokurikulum interim. Kursus ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dengan masyarakat kampung. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada pelajar yang tinggal di bandar untuk merasai suasana kampung. Program  ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Pelajar yang mengikuti program ini adalah seramai 35 orang termasuk pensyarah sendiri.  31 orang perempuan  dan 4 orang lelaki. Program ini di seliakan oleh En Shahrul Azizi yang merupakan pensyarah kokurikulum interim universiti Malaysia sabah sendiri.
Antara program yang di jalankan adalah menolong masyarakat kampung. Iaitu, memasak, aktiviti gotong royong, mengemas dewan dan lain-lain. Program ini juga disertai oleh pasukan maritin. Pasukan maritin  adalah seramai 80 orang. 
Di sana pelajar wanita  tinggal di rumah ibu saudara  Miza iaitu ahli kumpulan kami sendiri. Manakla pelajar lelaki tinggal di rumah Miza bersama dengan pensyarah.  Pada hari pertama kami di sajikan dengan makanan orang disini dan pada tengah hari pula kami mengadakan aktiviti gotong royong. Pada malam harinya pula kami  belajar untuk 
Pada keesokan harinya kami telah dijemput untuk menyertai program bersama skuad maritime. Iaitu, belajar mengendalikan majlis. Ada diantara kumpulan kami yang terlibat dalam aktiviti  tersebut. Iaitu menjadi jadi juri dalam sukan kanak-kanak dan  dan menguruskan majlis. Dalam majlis tersebut skuad maritime telah menjemput Datuk Rosnah Binti Shirlin  iaitu timabaln  kerja raya untuk merasmikan majlis itu.   Program itu, telah berjaya dilaksanakan  dengan jayanya.
DISEDIAKAN : RAMLAH MAT JUSOH



Saturday 19 October 2013

MASALAH PENGANGKUTAN BAS


Universiti Malaysia Sabah (UMS), 19 OKTOBER 2013- Nak dijadikan cerita, tiap-tiap hari berlaku masalah bas untuk ke kuliah. Bas lewat sampai. Kadang-kadang penuh dengan penumpang. Pagi tadi bas kurang dan lambat. Kelas sepatutnya pukul 9 pagi tapi tiba dikelas pukul 9.30 pagi. Kalau bas lewat pelajar berasa marah tapi apabila bas banyak dan penumpang kurang berasa kesian pula dekat pak cik pemandu bas. Yang paling tidak sopan bila terpaksa berebut bas, kesian la dekat orang yang dah lama menunggu. Tadi masa bilik kelas kokum bas lambat bergerak. Punya lah lama tunggu. Nak kata kekurangan bas tengok banyak je. Tapi masalahnya bas tak jalan. Memang menyampah lah. Bila orang sudah ramai, barulah bas jalan dan berlakulah adegan rebut-merebut dan tolak-menolak.  Kalau sesama perempuan boleh tahan lagi, tapi ini tidak campur lelaki dan perempuan. Sama naik. Lelaki dan perempuan masing-masing tidak mahu mengalah. Ada pula yang main tarik-tarik beg. Tambahan pula masa yang dijanjikan oleh pihak pengangkutan bas adalah 15 minit sekali  bas tiba tetapi pada hari-hari kebiasaannya bas datang setiap 30 minit sekali malah lebih daripada itupun ada juga. Selain daripada itu, masalah bas ini juga bertambah rumit apabila pemandu bas tidak mengambil kira keselamatan pelajar kerana membenarkan pelajar menaiki bas melebihi daripada hak penumpang. Hal ini terjadi ekoran daripada kekurangan bas. Kalau time bas banyak memang banyak la jalan tapi time tiada bas memang satupun tiada. Apa masalahpun tidak tahulah. Seterusnya masalah sikap pemandu bas yang tidak mesra alam. Kadang-kadang nampak menakutkan. Semasa menunggu bas, pemandu bas  seolah-olah sengaja berhenti jauh daripada tempat perhentian bas dan pelajar terpaksa berkejaran untuk menaiki bas. Tambahan pula sebagai seorang pelajar UMS kami membayar yuran pengangkutan tetapi tidak digunakan sepenuhnya berikutan dengan kekurangan bas dan masalah pemandu yang suka bersikap sambil lewa dan tidak mengambil pelajar dalam waktu yang ditetapkan. Pemandu juga sering kali menggunakan telefon ketika sedang memandu. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Keselamatan pelajar harus diutamakan.
Disediakan oleh,

Farhanun..:-)

MASALAH DISPLIN PELAJAR

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH( 7OKTOBER 2013)- pada hari ini masalah disiplin di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Masalah ini terjadi akibat daripada sikap pelajar yang mengambil mudah dalam sesuatu perkara.Mereka tidak suka disiplin yang telah di tetapkan oleh pihak universiti.Olehitu, mereka suka mengambil jalan mudah.Selain itu, masalah disiplin dikalangan pelajar senior telah menyebabkan pelajar junior mengikuti langkah-langkah abang-abang dan kakak-kakak mereka.Contohnya memakai pakaian tidak formal pada hari isnin,rabudan hari khamis. Mereka juga tidak suka memakai kasut dan kad matrik semasa berada di dalam kelas mahu pun di dalam university. Sehubungan itu, pelajar lelaki juga tidak suka memakai baju yang  formal. Mereka lebih suka memakai baju t-shirt biasa berbanding berpakaian formal.seterusnya, pelajar wanita yang bukan beragama islam juga suka memakai baju yang menjolok mata dan suka memakai skirt pendek di atas pada bahagian lutut. Hal ini telah menyebabkan gangguan seksual kepada mereka.Pada hari jumaat juga mereka memakai begitu dan tidak menghormati orang yang beragama islam. Selain itu juga, pelajar pada hari ini suka meniru gaya barat. Contohnya mereka menggayakan rambut mereka dengan pelbagai warna dan suka menyimpan rambut sehingga paras bahu. Masalah ini menyalahi etika dalam university. Pelajar haruslah memotong rambut dengan pendek dan kemas.Masalahnya seterusnya ialah pelajar yang tinggal di asrama membawa periuk nasi.Mereka tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.Mereka juga sering lupa untuk menutup suisketika hendak keluar daripada bilik. Contohnya, pada tahun lepas telah berlaku renjatan elektrik di kampung AB apabila salah seorang pelajar lupa untuk menutup suis sterika. Mujurlah roommatenya menyedarinya.

DISEDIAKAN OLEH:RAMLAH BT MAT JUSOH

SUASANA HARI RAYA BERSAMA KAWAN-KAWAN

Universiti Malaysia Sabah,15 oktober 2013- Suasana kafe Kolej Sri Agkasa,sambutan hari raya kurban disambut dengan penuh meriah walaupun tanpa kehadiran keluarga tercinta.Masuk tahun ini sudah dua kali saya merayakan hari raya kurban di negeri di bawah bayu,walaupun saya beraya di negeri orang,namun suasana raya boleh dikatakan agak meriah dengan kehadiran rakan-rakan yang terdekat.Ini kerana saya dan rakan-rakan serumah telah menyediakan hidangan yang boleh dikatakan agak lazat bagi menyambut hari raya ini.
Kami telah meninjau ke pasar,untuk mencari bahan-bahan untuk membuat sedikit jamuan untuk kawan-kawan terdekat keesokan harinya.Barang-barang sudah siap dibeli,dan siap untuk dimasak,kami telah mengambil masa yang agak lama untuk menyediakan masakan ini kerana kami hanya mengunakan periuk nasi yang dipinjam oleh rakan-rakan yang terdekat.Masih aku ingat lagi betapa kalutnya aku dan rakan-rakan lain menyediakan hidangan ini sehingga terpaksa bersekang mata demi menyediakan hidangan untuk dijamu kepada kawan-kawan keesokan harinya.Namun usaha aku dan kawan-kawan lain bersengkang mata sampai pukul 3 pagi berbaloi kerana semua makanan dapat disiapkan dengan sempurna.
Keesokan harinya tepat pukul 6 pagi kami semua sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan sembahyang hari raya di masjid ums,suasan hari raya dapat aku lihat apabila ramai orang dan masyarakat setempat yang datang beramai-ramai untuk menunaikan sembahyang hari raya di masjid.Dan hal ini bertambah meriah dengan kehadiran rakan-rakan yang senegeri dengan aku.
Selepas menuniakan sembahyang hari raya,kami telah mengambil keputusan untuk pulang ke kolej kediaman untuk menyediakan dan menyiapkan bahan –bahan yang perlu dibawa turun untuk dijamu kepada rakan-rakan yang telah lama menanti dalam keadaan lapar.Dengan kemeriahan yang ada pada hari itu,maka kuranglah sedikit kesedihan akibat tidak dapat beraya di samping keluarga tercinta.Sambil-sambil makan kami mula bercerita tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang masing-masing,dan saling berkongsi pelbagaikisah suka dan duka bersama-sama.

Dengan kehadiran semua rakan-rakan yang tercinta maka dapatlah aku mengurangkan kesedihan akibat tidak dapat beraya bersama-sama keluarga,dan di samping itu juga kemeriahan beraya di negeri di bawah bayu juga tidak kurang hebatnya apabila kehadiran sahabat handai yang datang memeriahkan suasana pada hari tersebut.Tambahan pula kami sebagai pelajar yang merantau harus reda dengan keadaan ini,kerana memang menjadi lumrah pelajar yang kurang berkemampuan untuk menjimatkan kos penerbangan,dengan tidak pulang ke kampung,tambahan pula cuti yang diberikan hanyalah satu hari sahaja.(SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM) (BC12110160)

MAHAL DAN TIDAK MEMENUHI CITARASA

RABU, 16 OKTOBER 2013 -  Mahal itu perkara utama yang seringkali dibangkit oleh pelajar UMS terhadap pengusaha kafetaria di sekitar kolej-kolej kediaman pelajar UMS. Namun walaupun sering dibangkitkan masalah ini, masih tiada tindakan oleh pihak tertentu. Makanan yang mahal akan menyusahkan para pelajar untuk membeli makanan kerana tidak semua pelajar berasal daripada keluarga yang kaya, mengharapkan duit PTPTN sahaja juga tidak cukup untuk menyara kehidupan selama satu semester. Baru-baru ini di kafetaria kolej kediaman angkasa telah menjual makanan dengan harga yang mahal, sudahlah harganya yang mahal, kuantiti makanan yang dijual pula sedikit. Itu menyukarkan pelajar untuk memenuhi selera lebih-lebih lagi kekurangan kedai makanan. Disebabkan masalah inilah menyebabkan pelajar mengambil inisiatif lain dengan membeli rice cooker dan memasaknya sendiri, itu juga dapat menjimatkan wang para pelajar. Ada juga sesetengah pelajar yang gemar beli makanan di kawasan luar kolej. Masalah ini perlu dititikberatkan oleh pihak atasan. Jadi tidak alasan sebenarnya untuk pihak kolej tidak membenarkan pelajar memiliki rice cooker selagi masalah harga ini belum diatasi. Selain masalah harga, menu makanan setiap kafetaria juga perlu diubah setiap minggu. Ini bagi menarik lagi minat pelajar untuk membeli makanan di kafe. Kebanyakkan kafetaria gemar mengekalkan menu yang sama setiap hari. Oleh itu, pihak yang tertentu harus mengatasi masalah harian mengenai makanan di kafetaria kolej-kolej kediaman UMS.
DISEDIAKAN OLEH : SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)

AIDILADHA-SEDERHANA NAMUN BERMAKNA

KHAMIS,17 OKTOBER 2013-Sederhana namun bermakna,itulah yang berlaku sepanjang umat islam menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha,terutamanya bagi pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah(UMS) yang tidak pulang beraya bersama keluarga dikampung halaman mereka kerana mempunyai sebab yang tersendiri.
Namun beraya diperantauan bukanlah harus disedihkan namun ia adalahlah pengalam yang berharga buat semua perantau-perantau di Ums, Sabah terutamanya.
Hari Raya Aidiladha ataupun dikenali juga dengan Hari Raya Qurban dimana untuk mengingati peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahaim a.s terhadap anaknya Nabi Ismail a.s bagi memenuhi perintah Allah s.w.t
Perayaan Aidiladha ini dimeriahkan lagi dengan majlis ibadah korban yang dilakukan disekitar masjid UMS,dimana 15 ekor lembu telah terlibat dalam majlis korban tersebut yang telah didermakan oleh penyumbang korban.
‘Seperti yang diketahui oleh Umat Islam,ibadah korban merupakan ibadah yang diwajibkan dilakukan untuk mengingati peristiwa pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s dan juga golongan berkemampuan dalam mendekatkan diri lagi kepada Allah s.w.t.Sesungguhnya,ganjaran yang diperolehi daripada melakukan ibadah ini amatlah besar dan tidak ternilai’
Tambahan lagi,majlis ibadah korban yang dilakukan dimasjid UMS ini disertai oleh kira-kira 50 orang iaitu ahli jawatan kuasa masjid itu sendiri,pelajar Pengurusan Jenazah dan termasuklah sukarelawan yang turut sama menbantu menjayakan majlis ini berjalan dengan lancar.
Pada pandangan saya,majlis seumpama itu haruslah dilakukan setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha kerana ia mengingati kita kepada pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t dan juga ia memupuk semangat kerjasama diantara satu sama lain dalam teribat dalam majlis korban tersebut.

Disediakan oleh:NORKAFISAH BT MOHD NOOR



Wednesday 16 October 2013

Salam perkenalan " SEGENGGAM INSPIRASI "

Assalamualaikum.. salam sejahtera buat semua blogger-blogger yang mengunjungi blog kami.. ahli kumpulan kami terdiri daripada lima gadis yang bernama Nur Kafisah Binti Mohd Noor, Norfarahanun Binti Mohd Daud, Siti Radiah Binti Jusoh, Ramlah Binti Mat Jusoh yang semuanya berasal dari Kelantan dan seorang daripada Terengganu iaitu Siti Umirah Binti Jusoh@Ibrahim. Blog ini diwujudkan adalah untuk kami berkongsi cerita yang berlaku di dalam Universiti Malaysia Sabah.