Ladies SGG

  • NUR KAFISAH BINTI MOHD NOOR (BC12110113)
  • SITI RADIAH BINTI JUSOH (BC12110159)
  • NORFARAHANUN BINTI MOHD DAUD ( BC12110108 )
  • RAMLAH BINTI MAT JUSOH (BC12110139)
  • SITI UMIRAH BINTI JUSOH@IBRAHIM (BC12110160)

Monday 11 November 2013

KONVOKESYEN UMS KE-15-COMING SOON



SABTU,10 NOVEMBER 2013-Universiti Malaysia Sabah bakal mengadakan Majlis Konvokesyen yang Ke-15 pada 21 November sehingga 25 November 2013.Seperti tahun-tahun yang dahulu,UMS akan mengadakan majlis Konvokesyen berkenaan secara besar-besaran untuk menyambut Graduan-graduan Mahasiswa dan mahasiswi yang  berjaya menamatkan pelajaran mereka.
Majlis Konvokesyen ini merupakan majlis untuk penganugerahan dan pengiktirafan buat para graduasi-graduasi yang telah berjaya menamatkan pelajaran mereka di Universiti Malaysia Sabah.Majlis Konvokesyen Ums ini sudah dilangsungkan selama 15 tahun berturut-turut sejak penubuhan Ums lagi.
Sehubung dengan kebelangsungan majlis  Konvokesyen berkenaan,untuk meraikan lagi Para mahasiswa dan mahasiswi garduasi,Ums juga akan mengadakan majlis Tamu Gadang iaitu Majlis dimana diadakan pelbagai acara dilangsungkan program lain semasa Majlis konvokesyen itu berjalan.
Seperti kebiasaanya juga di Tamu Gadang akan diadakan gerai-gerai menjual cenderahati buat para Graduasi seperti bunga untuk dihadiahkan pada Gradusi oleh teman-teman rapat mereka dan juga ahli keluarga.Sehubung dengan itu,semua pelajar akan tertunggu-tunggu untuk melihat dan juga meraikan para Graduasi ini mengadapat penganugerahan atas usaha keras mereka selama ini.Dan diharapkan juga Majlis Konvokesyen pada kali ini lebih bermakna dan meriah seperti sebelumnya

DISEDIAKAN OLEH :NORKAFISAH BT MOHD NOOR

Friday 8 November 2013

Universiti Malaysia Sabah,12 oktober 2013.Suasana cuti sem yang kurasakan kali ini amat penat sekali kerana terpaksa bertungkus lumus dalam menyiapkan pelbagai asigment yang diberikan olep para pensyarah.Asigment yang boleh dikatakan amat banyak bilangannya iaitu lebih dari 10 asigment yang perlu disiapkan dengan kadar segera.Asigment ini juga memerlukan banyak kerahan tenaga fikiran dan pelbagai idea dalam menyiapkan satu asigment.
Aku juga harus menyiapkan asigment secepat mungkin dengan tempoh yang telah diberikan oleh pensyarah.Hari ini sahaja iaitu 8 oktober 2013 aku telah meghantar karya ku untuk dibukukan di kedai di KF.Aku terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah buku kanak-kanak kerana terpaksa memikir dari idea yang datang dari kepala otak aku sendiri,selain perlu mempunyai kemahiran melukis gambar-gambar kartun yang boleh dikatakan amat mencabar minda aku sebagai seorang pelajar.
Selain itu juga,dalam cuti sem kali ini aku perlu menyiapkan beberapa lagi tugasan yang amat memenatkan.Ini tak termasuk bengkel yang perluaku hadiri.Bagi aku cuti sem kali ini tak ada peluang yang membenarkan aku untuk bersenang-lenang seperti semester-semester sebelumnya.Asigment yang berlambak menuntut agar aku sentiasa bersabar dan terima dengan tenag.
Pada aku,aku telah berbuat sedaya upaya untuk menyiapkan asigment ini,walaupun aku tidak pasti betul atau salah asigment yang telah aku buat tersebut.Aku juga berharap supaya aku dapat menyiapkan semua tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada aku.Dan aku juga berharapa aku mampu lakukan yang terbaik untuk semester ini.

SITI UMIRAH BINTI JUSOH @ IBRAHIM (BC12110160)


Masalah ketiadaan bus semasa cuti
Sabtu 2 november 2013. Masalah ketiadaan bus semasa cuti pertengahan sem telah menyebabkan pelajar susah untuk bergerak. Lebih-lebih lagi pelajar yang tinggal di luar kolej. Contohnya, pelajar yang tinggal di angkasa.  Mereka lebih cenderung untuk di timpa masalah kerana tempat tinggal mereka tidak selamat. Sekiranya mereka mahu membeli barang keperluan mereka harus berjalan jauh sehingga di One Borneo. Malahan orang kampung yang berada di sekitar kawasan ini juga suka minum arak dan suka mengganggu pelajar perempuan yang lalu lalang di situ. Terdapat juga anjing yang berada di tei jalan yang suka mengejar orang yang lalu lang di hadapan mereka.
Selain itu juga, sudah ramai pelajar yang yang membuat aduan tentang hal ini namun pihak yang berwajid tidak melaksanakan tanggunjawab mereka dengan sempurna. Malah mereka mengambil mudah dengan keselamatan pelajar. Pelajar juga susah mahu belajar di perpustakaan dan terpaksa mengulangkaji pelajaran di bilik sahaja.


DISEDIAKAN OLEH :RAMLAH MAT JUSOH
Masalah Air Di kolej
Khamis 7 november 2013, masalah air semakin menjadi-jadi. Hal ini  telah menyebabkan  ramai pelajar  terpaksa pergi ke asrama lain untuk  mandi dan sebagai nya. Masalah ini juga bukan sahaja menyusahkan pelajar malah menjadi beban kepada peniaga-peniaga kafe untuk  mencari rezeki. Selain itu juga mereka tidak dapat mencari sumber air untuk di jual.  Malah masalah keracunan juga boleh berlaku akibat pencemaran air. Para peniaga terpaksa menggunakan air yang sama untuk  membasuh pinggan mangkuk mereka.
Masalah air ini juga boleh menyebabkan pelajar lebih suka tinggal di luar kolej berbanding di kolej. Hal ini bukan sahaja membebankan pelajar malah membebankan pihak kolej untuk menguruskan hal pentadbiran. Selain itu, pelajar yang tinggal di luar kolej tidak berasa selamat dengan keselamatan mereka.



 DISEDIAKAN OLEH: RAMLAH MAT JUSOH
Universiti Malaysia Sabah,8 november 2013.Suasana yang kurasakan kali ini boleh dikatakan agak hambar dengan tekanan asigment,masalah rumah,masalah stiker motor yang masih belum dapat-dapat lagi dan banyak lagi la masalah yang berlaku dalam kehidupan aku sehari-harian di sini.
Dalam masalah rumah ialah aku terpaksa,membasuh baju yang kadang-kadang boleh dibuat kedai dobi sahaja.Nak buat macam mana,aku terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang lebih menuntut perhatian yang penuh dari aku.Aku terpaksa memikirkan asigment mana yang perlu aku buat terlebih dahulu kerana terlalu banyak yang perlu disiapkan dengan kadar segera.
Masalah stiker motor juga,memenigkan aku kerana sudah beberapa kali aku sudah ke kediaman pengetua angkasa untuk mendapatkan copnya.Namun apa yang aku dapat hanyalah berjumpa dengan aku kira sebagai pembantu rumah,atau sebagai anaknya aku pun tidak mempunyai kepastian tentang hal itu di ruma tersebut.Aku menjadi takut apabila hendak masuk ke universiti untuk pergi ke tempat yang dituju,aku harus menempuhi pegawai keselamatan dahulu.Namun dia melihat aku dengan pandangan yang menakutkan kerana aku tidak lagi mempunyai stiker motor.
Selain itu juga tidak termasuk masalah-masalah lain lagi yang melanda hidupku pada kebelakangan ini.Ini kerana masalah tersebut terpaksa aku tempuhi dengan tabah untuk mengharungi dugaan ini dengan tenang.

Aku juga berharap semua jrusan-urusan aku dapat diselesaikan dengan cara yang berhemah,selain itu juga aku harap masalah-masalah yang aku hadapi juga dapat aku tempuhi dengan sebaik mungkin kerana membuat sesuatu keputusan itu haruslah berdasarkan pemikiran yang positif.sekian terima kasih.
SITI UMIRAH BINTI JUSOH @ IBRAHIM (BC12110160)

PERCALONAN PILIHANRAYA UMS

Pada tanggal 31 oktober 2013,UMS telah melakukan pilihanraya bagi mencari ketua mpp yang baru. Pilihanraya pada kali ini disertai oleh hampir keseluruhan sekolah. setiap sekolah yang menyertai meghantar wakil calon yang berkebolehan bagi mendapatkan ketua MPP dan ahlinya yang baru rata-ratanya mempunyai kebolehan tersendiri. Setiap calon yang bertanding dalam pilihanraya ini harus petah berkata-kata. Tidak terkecuali sekolah pengajian seni juga telah menghantar beberapa orang calon yang berbakat bagi menyertai pilihanraya ini. Tetapi malangnya wakil sekolah pengajian seni gagal mendapat tempat malah percalonan telah ditolak awal-awal. Sebelum hari pengundian berlansung, setiap calon yang bertanding sibuk mengadakan kempen bagi menarik pelajar untuk mengundi. Pilihanraya kali ini melibatkan dua perebutan kuasa iaitu Pro M dan aspirasi. Aspirasi dibawah mpp manakala Pro M ialah lebih kepada parti pembangkang tetapi lebih kepada hal-hal kebajikan pelajar. Masing-masing sibuk berkempen bagi meraih undian. Pada hari mengundi, setiap orang yang mengundi akan mendapatkan boucer makanan sebanyak rm5. Pilihanraya ini penting bagi memilih dan melantik ketua mpp yang baru agar kebajikan pelajar terpelihara.  Diharapkan ketua mpp yang baru ini dapat menjalankan tugas dan terus memilihara dan menjaga kebajikan pelajar serta meningkatkan lagi  kebajikan pelajar.

DISEDIAKAN: NORFARHANUN BT MOHD DAUD


Wednesday 6 November 2013

DIMANAKAH BAS??

KHAMIS, 7 NOVEMBER 2013- Bagi pelajar Universiti Malaysia Sabah bas merupakan kemudahan asas dan harian yang mereka gunakan untuk kemana-mana. Pelbagai isu dan kes mengenai bas yang pernah berlaku sebelum ini. Seringkali masalah mengenai bas dibawa ke pihak atas namun tindakan yang diambil hanyalah buat sementara waktu setelah itu ia kembali berulang. Apa yang ingin disampaikan hanyalah ke manakah perginya bas pada minggu cuti midterm pelajar. Ini amat menyulitkan pelajar-pelajar yang berada di di kolej kediaman luar Ums untuk ke perpustakaan, kerana pada minggu itulah pelajar-pelajar sibuk dengan tugasan dan mahu ulangkaji pelajaran kerana bakal menghadapi midterm. Bagi pelajar yang berada di kolej kediaman dalam Ums pula mereka ada kemudahan bas T.U.T yang keluar masuk.. Tapi bagi pelajar di kolej luar seperti Angkasa, Indah Permai dan King Fisher bagaimana dengan mereka?? Seharusnya kemudahan bas disediakan kepada pelajar pada cuti midterm walaupun sebuah bas sudah cukup mencukupi. Bukan semua pelajar pulang ke rumah pada cuti midterm, kebanyakkan pelajar semenanjung memilih untuk tidak pulang kerana ini peluang untuk mereka mengulangkaji dan menyiapkan tugasan. Perpustakaanlah menjadi lokasi utama untuk mereka menyiapkan tugasan kerana di situ terdapatnya kemudahan wifi dan buku-buku rujukan. Jika mereka tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut sudah tentu tugasan mereka tidak dapat disiapkan. Lebih-lebih lagi di kolej kediaman Angkasa susah untuk mendapat line internet. Jika kemudahan bas disediakan bagi pelajar di kolej kediaman Angkasa mudahlah untuk mereka ke perpustakaan UMS. Mahu menggunakan bas luar juga mereka perlu keluar melalui jalan kampung untuk ke jalan besar bagi menaiki bas berbayar. Jalan kampung yang mereka lalui juga berbahaya seperti ada kes baru-baru ini seorang pelajar dikejar dengan parang oleh orang mabuk, di situ turut membahayakan nyawa pelajar. Oleh hal yang demikian pihak atasan perlu menyediakan kemudahan bas bagi pelajar kolej luar UMS, menyediakan sebuah bas sudah cukup memadai kerana ia dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh pelajar. 
DISEDIAKAN OLEH : SITI RADIAH BT JUSOH (BC12110159)

Monday 4 November 2013

PEMILIHAN KEPIMPINAN PELAJAR YANG BAHARU Ums
SELASA,29 OKTOBER 2013-Sama seperti pada tahun-tahun yang sebelumnya,sekali lagi pada tahun 2013 dijalankan kempen pilihanraya untuk memilih kepimpinan baharu  majlis perwakilan  pelajar (MPP)
Pemilihan baharu dibuat untuk mengantikan dan menbubarkan kepimpinan yang lama yang memegang dan menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar.
Majlis Perwakilan Pelajar UMS (MPP UMS) merupakan majlis perwakilan yang menjadi orang tengah berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar  di Universiti Malaysia Sabah (UMS) khususnya,segala pemasalahan yang dihadapi oleh pelajar akan diadukan kepada Majlis Perwakilan Pelajar ini untuk diambil tindakan yang sewajarnya berhubung masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Pencalonan pelajar dibuat pada hari Isnin,iaitu 28 OKTOBER bertempat di dewan kuliah baharu berhampiran dengan kolej kediaman pelajar Ums. Calon-calon yang datang untuk bertanding dikendaki mengisi boring percalonan sebelum masuk untuk mendaftar diri dan layak untuk bertanding. Borang untuk pencalonan adalah dibeli dengan harga RM 25.00 satu helaian borang.
Antara calon-calon yang terlibat adalah daripada sekolah Sekolah Pengajian Seni,Sekolah Sains Sosial,Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat ,Sekolah Pendidikan dan Sosial dan Sekolah Pengajian Ekonomi. Pemilihan MPP terbahagi kepada dua iaitu terbahagi kepada calon umun dan calon untuk sekolah .
Calon-calon yang datang bertanding akan dinilai terlebih dahulu sebelum benar-benar layak menjadi Calon MPP yang sebenar. Bagi mereka yang layak,mereka akan melakukan kempen-kempen untuk menarik perhatian pelajar-pelajar lain untuk turun mengundi mereka.Mereka kebiasaanya akan menampal poster-poster dan banner-banner di sekitar Ums dan akan melakukan ceramah-ceramah untuk menarik perhatian pelajar untuk mengundi mereka nanti.
Pada pandangan saya,pemilihan untuk menjadi ahli MPP itu haruslah dilakukan dengan betul agar tiada unsur pilih kasih kerana saya tidak mahu nanti tersalah pilih orang dalam menolong dan menyelesaikan pelajar-pelajar lain.

Disediakan oleh:NORKAFISAH BT MOHD NOOR



Friday 1 November 2013

Adilkah begini??

ISNIN, 26 OKTOBER 2013 - Di Universiti Malaysia Sabah, berlangsungnya penamaan calon bagi pilihanraya kampus. Semua pelajar daripada pelbagai jenis sekolah menyediakan calon untuk berbanding. Tujuan pilihanraya ini adalah untuk mencari pemimpin mahasiswa yang baru bagi mentadbir sistem pelajar UMS. Sekolah Pengajian Seni menyediakan hampir 10 orang calon, mereka berganding bahu bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan di tangan mereka. Pelbagai agenda di janjikan untuk membawa perubahan kepada mahasiswa, dengan menegakkan sistem kebajikan pelajar akan terpelihara. 7 agenda di bawa oleh " Barisan Siswa Cemerlang (BSC) " iaitu meperjuangkan kebajikan, keharmonian, kerohanian, keselesaan, keselamatan dan kepelbagaian. Namun apa yang cuba disampaikan oleh mereka terhenti sekerat jalan walaupun bukan kerelaan mereka. Sewenangnya BSC ditolak oleh pihak pembangkang. Adilkah begini??  mereka hanya mahu membawa perubahan, tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa. Tidakkah sebagai orang yang terpelajar mereka bertanding secara sihat tanpa ada sifat iri hati??. Sebagai mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin seharusnya kita berganding bahu namun kerana sifat ketamakkan manusia menjadi seorang yang bongkak. BSC bukan tidak memihak kepada mana-mana pihak, atau mahu menjatuhkan mana-mana pihak. Mereka hanya mahu memperjuangkan kebajikan dan kepentingan pelajar universiti yang selama ini tidak dipedulikan. Suara-suara pelajar harus kita titikberatkan, jangan hanya bangga dengan tahkta yang dimiliki sedangkan kami semua menderita. Bila berjanji pastikan ditunaikan barulah anda sebagai pemimpin tidak dipandang rendah, tetapi hairan juga adilkah begini?? Apa tidak layakkah Sekolah Pengajian Seni? hina sangatkah seni sehingga kami lagsumg tidak diberi peluang untuk bertanding. Semua calon daripada sekolah seni ditolak begitu saja, mereka cuba mencari kelemahan calon sekolah seni untuk memastikan tidak ada calon sekolah seni layak bertanding.. Adilkah sekolah seni dilayan begitu. untuk menjadi pemimpin pelajar bukan nama sekolah yang dinilai.. tetapi pemikiran pelajar untuk menguruskan pentadbiran yang dinilai. Sejauhmanapun kami dipandang rendah kami tetap bersatu.. bukan mahu menuding jari pada pihak tertentu tetapi kritikan harus diterima dengan hati yang terbuka. semoga calon yang menang dapat menunaikan janji yang telah dipatrikan sebelum menang. Jalankanlah kepimpinan anda dengan adil dan saksama, kerana keadilan dalam kepimpinan amat penting.
DISEDIAKAN OLEH : SITI RADIAH BT JUSOH (BC12110159)